awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT guna pendekatan guna semula adaptif tangani premis kedai terbiar
Hukuman denda RM7,000 terhadap bekas pemandu e-panggilan ugut anak Pastor Koh kekal
Lebih separuh projek kriptowang sejak 2021 telah berkubur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RPN: Penekanan awal TVET, STEM eratkan jurang kemahiran - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
20/01/2026
09:39 MYT
RPN: Penekanan awal TVET, STEM eratkan jurang kemahiran - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (kiri) hadir bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) pada Majlis Pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di PICC hari ini. -Foto Bernama
PUTRAJAYA: Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) diarusperdanakan melalui Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 selaras usaha kerajaan memperkukuh pembangunan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri masa depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI
  • Pendidikan TVET dan STEM diperkenalkan seawal Tingkatan Satu dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 untuk membangun asas kemahiran teknikal pelajar lebih awal serta meningkatkan minat terhadap bidang berteraskan teknologi.
  • Kadar kebolehpekerjaan lepasan TVET meningkat daripada 91.5% kepada 99.5%, menunjukkan kesesuaian pendekatan baharu ini dengan permintaan pasaran buruh.
  • Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 melibatkan dua kementerian, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, sebagai langkah reformasi pendidikan untuk membangun generasi muda yang berdaya saing dan berasaskan nilai.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata penekanan terhadap pendidikan TVET dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) diperkenalkan seawal Tingkatan Satu merupakan langkah yang dilihat dapat membina asas kemahiran teknikal pelajar lebih awal serta meningkatkan minat terhadap bidang berteraskan teknologi.
Beliau berkata perkembangan positif turut direkodkan apabila kadar kebolehpekerjaan lepasan TVET meningkat daripada 91.5 peratus kepada 99.5 peratus, sekali gus mengukuhkan keyakinan bahawa pendekatan baharu itu berada pada landasan tepat untuk memenuhi permintaan pasaran buruh.
"Ini adalah satu lonjakan yang amat baik, ertinya TVET akan diarusperdanakan melalui RPN," katanya ketika diminta memberikan reaksi mengenai RPN yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata RPN merupakan satu lonjakan untuk melakukan perubahan besar-besaran kepada sistem pendidikan negara kerana mengembalikan semula ujian dan penilaian.
"Kerajaan memperlihatkan komitmen apabila di peringkat sekolah rendah, ujian itu dimulakan di peringkat Darjah Empat. Manakala untuk sekolah menengah, kita berterima kasih kerana ujian itu dimulakan di Tingkatan Tiga," katanya.
Bagi pendidikan tinggi, Ahmad Zahid berkata tumpuan utama diberikan bagi memastikan tidak berlaku ketidakselarasan (mismatching) antara bidang pengajian dengan alam pekerjaan yang bakal diceburi, selaras dengan keperluan pasaran buruh semasa.
"Dari segi ini, kita lihat pelarasan telah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan tumpuan kepada soal bahasa dan sejarah turut diberikan penekanan, termasuk penekanan bagi pengambilan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk sekolah agama dan tahfiz.
"Saya yakin sistem ini juga melibatkan sekolah-sekolah pondok," katanya.
RPN 2026-2035 merupakan langkah reformasi pendidikan bagi membina masa depan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.
Pelan pendidikan baharu itu membabitkan dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ia adalah rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang dimaksudkan dengan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 dalam konteks artikel ini? A: RPN 2026-2035 adalah inisiatif untuk memperkukuh pembangunan tenaga mahir melalui pendidikan TVET dan STEM seawal Tingkatan Satu.
  • Q: Mengapakah penekanan diberikan kepada pendidikan TVET dan STEM seawal Tingkatan Satu? A: Penekanan diberikan untuk membina asas kemahiran teknikal pelajar lebih awal serta meningkatkan minat terhadap bidang teknologi, selaras dengan keperluan industri masa depan.
  • Q: Bagaimanakah kadar kebolehpekerjaan lepasan TVET bertukar sebelum dan selepas pengenalan RPN 2026-2035? A: Kadar kebolehpekerjaan lepasan TVET meningkat daripada 91.5 peratus kepada 99.5 peratus selepas pengenalan RPN 2026-2035, menunjukkan keberkesanan pendekatan baharu ini.
  • Q: Apakah perubahan besar-besaran yang dilakukan dalam sistem pendidikan negara melalui RPN 2026-2035? A: Perubahan besar-besaran termasuk pengembalian semula ujian dan penilaian di peringkat sekolah rendah dan menengah, serta pemastian ketidakselarasan antara bidang pengajian dengan alam pekerjaan dihindari.
  • Q: Siapakah yang terlibat dalam pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035? A: Rancangan ini melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai rancangan strategik pendidikan nasional.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Ahmad Zahid Hamidi
#STEM
#Rancangan Pendidikan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami