KUALA LUMPUR: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini adalah rancangan pertama dalam sejarah negeri tersebut.

Buat masa ini Selangor merupakan satu-satunya yang mempunyai rancangan di peringkat negeri yang boleh meransangkan peningkatan ekonomi.

Menurut Exco Kerajaan Selangor Datuk Teng Chang Khim, RS-1 juga merupakan satu perancangan halatuju pembangunan Selangor sehingga 2025.

"Bagi Selangor kita perlu memberikan fokus kepada beberapa teras antaranya pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, kelestarian pembangunan dan penghantaran perkhidmatan kerajaan.

"Itu yang kita tumpukan dalam Rancangan Selangor Pertama supaya ia dapat memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan Selangor dan membantu RMK12 supaya dapat memanfaatkan setiap rakyat di Selangor," katanya dalam program Agenda AWANI.

Pada 2 Ogos lalu, DUN Selangor sebulat suara meluluskan usul Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2022 bernilai RM212.44 bilion pada Selasa.

Usul yang dibentangkan Datuk Seri Amirudin Shari pada 27 Julai lalu menggariskan empat teras strategik yang dirangka dalam RS-1 bagi melihat keberkesanan projek pembangunan negeri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tonton temu bual penuh Datuk Teng Chang Khim bersama hos Najib Aroff di sini:


Agenda AWANI: RS-1 | Hala tuju pembangunan Selangor