awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RTC dan UTC pelengkap program transformasi - Najib

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2014
12:37 MYT
RTC dan UTC pelengkap program transformasi - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -Gambar Fail
Penubuhan Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) merupakan satu pelengkap kepada program tranformasi yang diidealisasikan oleh kerajaan bertujuan untuk menpercepatkan peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Justeru itu, beliau berkata, kerajaan akan memikirkan iniasitif RTC dan UTC itu sentiasa saling berhubungkait rapat dan menjalinkan kerjasama di antara satu sama lain agar ianya memanfaatkan keseluruhan masyarakat di luar bandar dan di kawasan bandar.
Perdana Menteri mahu RTC dan UTC menjalinkan kerjasama bagi merancakkan pembangunan kedua-dua hub itu dan saling mewujudkan jaringan sebagai penyokong pertumbuhan dalam sektor pertanian.
"Inisiatif yang akan membantu kita memaju tranformasi luar bandar, tambah lagi dengan 31 mini RTC seluruh Kedah, maka kita boleh ada hubungkait dengan RTC yang lain, cuma yang belum kita lakukan lagi ialah, bagaimana kita nak hubungkaitkan RTC dengan UTC.
"Kalau boleh kita fikirkan perkara ini, maka bila kita ada UTC, barang-barang hasil daripada RTC ini boleh dipasarkan di UTC, mungkin ini fasa yang boleh kita fikirkan pada masa yang akan datang bagaimana dengan cara seperti ini, merekka yang tinggal di bandar juga boleh dappat bekalan barangan-barangan seharian keperluan seharian, sayur-sayuran dan sebagainya dengan harga yang lebih berpatutan," katanya semasa berucap semasa merasmikan pelancaran RTC Napoh, di sini, hari ini.
RTC Napoh merupakan yang keenam di negara ini, selepas penubuhan RTC Gopeng, Perak, RTC Wakaf Che Yeh, Kelantan, RTC Kuala Linggi, Melaka, RTC Kuala Pahang, Pahang dan RTC Kulai, Johor.
Perdana Menteri juga berkata, RTC antara lain yang berperanan untuk dijadikan hub pengeluaran dan pemasaran hasil pertanian dan industri kecil penduduk luar bandar juga berperanan sebagai platform kepada agensi-agensi kerajaan yang ingin menjadikan program untuk memperkasakan penduduk kampung meliputi aspek pendidikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#RTC
#UTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan