awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivakumar dilantik Ahli FOM KPM, fokus tingkat akses pendidikan berkualiti

Bernama
Bernama
12/07/2025
15:15 MYT
Sivakumar dilantik Ahli FOM KPM, fokus tingkat akses pendidikan berkualiti
Sivakumar menzahirkan penghargaan atas pelantikan itu serta menyatakan kesediaannya untuk menyumbang pandangan dan idea dalam memperkukuh dasar pendidikan negara. - Gambar Facebook Sivakumar
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar menyifatkan pelantikannya sebagai Ahli Friends of Ministry (FOM) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai satu amanah yang besar dalam memperkukuh pendidikan negara, khususnya dalam memastikan akses pendidikan berkualiti dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan KPM hari ini, Sivakumar menzahirkan penghargaan atas pelantikan itu serta menyatakan kesediaannya untuk menyumbang pandangan dan idea dalam memperkukuh dasar pendidikan negara.
"Saya amat berterima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek atas kepercayaan ini. Pendidikan adalah asas kepada masa depan yang lebih baik.
"Saya komited untuk memberi sumbangan yang bermakna dalam memastikan sistem kita terus relevan dan inklusif," katanya.
Sebagai seorang wakil rakyat yang sentiasa mengutamakan kebajikan masyarakat, Sivakumar percaya kolaborasi antara pemegang taruh dan pihak kementerian amat penting untuk membawa perubahan sebenar.
Beliau berkata melalui platform FOM, individu dari pelbagai latar belakang dapat menyumbang idea dan tindakan ke arah pendidikan yang lebih baik.
"Saya percaya kita semua ada tanggungjawab terhadap generasi akan datang. Saya akan laksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin demi anak-anak kita dan masa depan negara," katanya.
Dalam usaha memperjuangkan agenda pendidikan di peringkat akar umbi, Sivakumar turut berkongsi gambar penyerahan cek bantuan pendidikan kepada pelajar di Parlimen Batu Gajah yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
"Sumbangan ini mungkin kecil dari segi jumlah, tetapi cukup besar maknanya. Ia diharap dapat meringankan beban pelajar dan keluarga serta memberi dorongan moral untuk mereka terus berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#dorongan moral
#beban pelajar
#pendidikan berkualiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan