SHAH ALAM: Ujian pengesanan COVID-19, menggunakan RTK-Antigen dan RT-PCR adalah berkesan untuk mengesan varian Omicron, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pakar daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) namun kajian masih lagi dilakukan bagi mengetahui lebih mendalam berkenaan varian tersebut.
"Ujian RT-PCR sepatutnya ok, tapi dari segi keberkesanan RTK-Antigen kami masih mengkajinya tetapi setakat ini ia masih dapat mengesan varian Omicron ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Petugas COVID-19 Institut Kesihatan Negara di sini hari ini.
Katanya kajian lanjut mengenai varian itu bukan hanya mengenai ujian pengesanan tetapi juga soal keberkesanan vaksin.
"Kami akan dapat laporan daripada pengeluar vaksin yang sedang melaksana kajian dengan pantas sama ada vaksin mereka berkesan terhadap varian tersebut," katanya sambil menambah laporan itu dijangka diperoleh dalam seminggu ke dua minggu lagi.
"Soal ketiga kami kena lihat adalah keganasan Omicron ini dan kami dapat laporan awal di Afrika Selatan yang merupakan negara yang vaksinasi mereka rendah tetapi Omicron ini hanya telah menyebabkan gejala yang sederhana. Ada beberapa berita baik, tetapi sekali lagi kami tidak tahu dan kami perlu tunggu dan lihat," katanya.
Pada masa sama, Khairy berkata terlalu awal untuk menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk dikenakan semula susulan kemunculan Omicron.
"Terlalu awal, rakyat marah dengar PKP ini dan penyelidik sedang meneliti perkara ini," katanya.
Mengenai gelembung perjalanan dan keperluan kuarantin di rumah dan hotel bagi pengembara yang kembali dari negara yang dikategorikan sebagai risiko, katanya perkara itu akan dibincang dengan Ketua Pengarahnya petang ini.
"Ada beberapa opsyen yang akan dipertimbangkan untuk dapat kita perketatkan lagi kawasan sempadan kita," katanya.
Mengenai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan negara Indonesia, Thailand dan Brunei, perbincangan masih lagi berlangsung dengan mengambil kira kewujudan varian baharu.
Sementara itu bagi prosedur operasi standard untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Khairy berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diperoleh esok dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Menurut Khairy, perkara itu dimaklumkan pakar daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) namun kajian masih lagi dilakukan bagi mengetahui lebih mendalam berkenaan varian tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Penularan gelombang varian Omicron BA.5 di negara kecil - Khairy
Gelombang COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron BA.5 di Malaysia adalah kecil dan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.
Malaysia lebih bersedia hadapi lonjakan kes Omicron - Khairy
Malaysia dilihat lebih bersedia untuk menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam melindungi golongan rentan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Indonesia laksana isolasi lima hari di rumah untuk kes Omicron
Indonesia menetapkan peraturan isolasi di rumah selama lima hari kepada individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 tanpa gejala, kata Presiden Joko Widodo pada Jumaat.
Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar
Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka, ketika
COVID-19: Jangan terlalu cepat longgarkan SOP - Pakar Kesihatan
Kerajaan disarankan tidak terlalu tergesa-gesa dalam melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam situasi pandemik yang kelihatan kembali meningkat.
Omicron: Khairy gesa orang ramai bekerjasama perangi pandemik
Orang ramai perlu bekerjasama untuk memerangi pandemik COVID-19 menerusi pemerkasaan komuniti susulan gelombang varian Omicron dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Thailand lapor kes kematian pertama akibat Omicron
Thailand melaporkan kes kematian pertama akibat varian Omicron COVID-19.
Kes Omicron di Indonesia meningkat ke 748
Indonesia melaporkan 748 kes jangkitan akibat varian Omicron setakat Sabtu, menurut angka terkini dikeluarkan Kementerian Kesihatan negara itu.
India catat 268,833 kes COVID-19 baharu, meningkat kepada 36,850,962
Angka COVID-19 India meningkat kepada 36,850,962 pada Sabtu apabila mencatatkan 268,833 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini kementerian kesihatan India.