KOTA KINABALU: Diakui, aktiviti rekreasi ekstrem luncur udara bukan untuk semua, namun bagi yang ada keberanian untuk mencuba, percayalah, anda tidak akan rugi.
Meluncur di udara pada ketinggian kira-kira 2,700 kaki dari aras laut memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi mata pula dihidangkan dengan pemandangan indah kehijauan belantara serta air laut yang membiru sayup di kejauhan.
Setidak-tidaknya itulah yang penulis rasai ketika meneroka ruang angkasa Manggatal, kira-kira 15 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Bertolak pada 9 pagi dari pekan Manggatal, perjalanan penulis ke Bukit Kokol iaitu antara pangkalan untuk aktiviti luncur udara di Sabah, amat menenangkan sekalipun laluannya berbukit dan berliku, merentasi perkampungan dan juga kawasan tarikan pelancongan.
Tiba di Bukit Kokol kira-kira 20 minit kemudian, penulis bersama-sama jurupandu peluncur Mejar (B) Haznain Ngamil, 51, yang juga pemilik Borneo Paragliders, menapak kira-kira lima minit melalui denai kecil sebelum tiba di kawasan lapang dikenali Bukit Kokol Mama Hill.
TUNGGU TIUPAN ANGIN
Hati teruja untuk memulakan penerbangan, namun keadaan berkabus serta arah tiupan angin yang belum sesuai untuk kegiatan luncur udara memaksa kami "berehat" seketika di atas pelantar buluh yang disediakan di situ.
"Sekarang angin dari arah belakang, kita kena tunggu angin dari arah depan untuk terbang," jelas Haznain.
Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, arah tiupan angin dapat dilihat berdasarkan kibaran bendera Sabah dan Malaysia yang dipacak di situ serta beberapa petunjuk lain.
Sejam menanti, kabus semakin menipis dan tiupan angin juga mula berubah arah. Demi menjamin keselamatan, Haznain menghubungi isterinya Asmah Ahmad, 42, yang menunggu di kawasan mendarat, bagi mendapatkan maklumat terkini tentang cuaca di situ.
Beliau kemudian melakukan pemeriksaan terakhir ke atas peralatan luncur seberat kira-kira lima kilogram itu sebelum memakaikan topi keselamatan dan abah-abah pada penulis.
Setelah memastikan semua peralatan dan tali diikat dengan selamat, Haznain mengingatkan penulis agar tidak melompat ketika memulakan luncuran, sebaliknya cukup sekadar berlari dan membiarkan tubuh ditolak oleh angin.
DI AWANG-AWANGAN SEKELIP MATA
"Jalan ke depan sikit... lari, lari, lari," jeritnya sambil kami meluru ke kawasan curam kira-kira lima meter di hadapan kami. Curam itu berketinggian kira-kira 2,650 kaki dari aras laut.
Dalam sekelip mata kami berada di udara, dan penulis memandang ke bawah namun yang kelihatan hanya kabus.
Berbekalkan dua pengalaman meluncur udara secara tandem sebelum ini, penulis tidak gusar meskipun hanya abah-abah dan cangkuk yang "mengikat" penulis pada peluncur dan "tandem master" atau jurupandu, selain yakin dengan kepakaran Haznain yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam aktiviti tersebut.
Seketika kemudian, peluncur kami semakin tinggi di udara dan kabus mula menipis, menyerlahkan kehijauan hutan Bukit Kokol.
Di hadapan kami terbentang luas Laut China Selatan, sementara di sebelah kiri pula sayup kelihatan hutan konkrit bandar raya Kota Kinabalu dan di sebelah kanan Menara Kinabalu megah berdiri.
Degupan jantung penulis bertambah kencang apabila tolakan angin yang agak kuat tiba-tiba melonjakkan peluncur kami lebih tinggi ke angkasa.
Sememangnya aktiviti ini bukan untuk orang yang lemah semangat.
KAMPUNG LOHAN TAPAK PERTAMA
Selepas hampir 15 minit berlegar di ruang udara Manggatal, kami mendarat di sebuah kawasan ladang di Kampung Pulutan, berhampiran pekan Manggatal.
Haznain yang berasal dari Banting, Selangor dan berpindah ke Sabah pada 1995 itu, berkata beliau mula bergiat dalam aktiviti luncur udara pada 2007 selepas menyertai Kelab Sukan Udara Negeri Sembilan.
Menurutnya, dari situ tercetus idea untuk menawarkan aktiviti rekreasi ekstrem itu kepada pelancong di Sabah yang menyaksikan beliau menubuhkan syarikat Borneo Paragliders pada 2012 sebaik bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia.
"Berbekal modal RM13,000 untuk membeli satu set peluncur, syarikat Borneo Paragliders beroperasi di Kampung Lohan, Ranau, iaitu tapak berlepas pertama kami. Kami kemudian lebarkan sayap ke Kota Belud pada 2019 dan Bukit Kokol," cerita bekas anggota Rejimen Renjer Diraja itu.
Haznain yang juga Naib Presiden Kelab Luncur Udara Kinabalu, berkata selain menawarkan kegiatan luncur udara kepada pelancong, syarikatnya yang kini mempunyai 15 jurupandu turut menjalankan kursus kepada mereka yang berminat untuk menjadikan aktiviti luncur udara sebagai hobi.
"Ini bagi membolehkan mereka terbang solo tanpa 'master tandem'. Kursus selalunya mengambil masa dua minggu dengan kos kira-kira RM5,000," jelasnya.
JURUPANDU SEPENUH MASA
Bercerita lanjut, Haznain berkata beliau pernah menjadi jurulatih pasukan luncur udara Malaysia ke Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia, selain melatih atlet ke World Paragliding Accuracy Championship 2015 di Jakarta.
Menurutnya, isteri beliau yang berasal dari Bongawan, merupakan satu-satunya wanita di Sabah yang menjadikan aktiviti luncur udara sebagai kerjaya, dan mereka kini berusaha menggalakkan lebih ramai wanita berkecimpung dalam bidang itu sebagai jurupandu.
Beliau berkata kegiatan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong khususnya dari China, dengan kira-kira 100 orang menyertai aktiviti tersebut setiap hari dengan bayaran antara RM180 dan RM450 seorang.
Bagaimanapun penularan COVID-19 pada awal 2020 menyebabkan syarikatnya turut menerima tempias dengan rata-rata jurupandu syarikat terpaksa mencari sumber pendapatan alternatif.
"Kini kelonggaran telah diberikan oleh pihak berkuasa dan saya harap aktiviti ini akan kembali rancak dalam masa terdekat," ujar beliau.
--BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
Meluncur di udara pada ketinggian kira-kira 2,700 kaki dari aras laut memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan. - Gambar hiasan
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Tanah runtuh: Kenderaan awam dilarang naik ke Bukit Jugra
Pengguna jalan raya tidak dibenarkan memandu kenderaan naik ke Bukit Jugra, Kuala Langat berkuat kuasa pada Isnin hingga akhir tahun ini susulan tanah runtuh di kawasan lereng bukit.
'Paraglider' tersangkut 30 meter di atas pokok
Mangsa yang berusia 35 tahun itu dilaporkan mengalami cedera ringan di bahagian badan setelah tersangkut pada pokok yang dianggarkan setinggi 30 meter selepas gagal mengawal peralatan luncur udara.
Ruang angkasa Manggatal gamit peminat luncur udara
Meluncur di udara pada ketinggian kira-kira 2,700 kaki dari aras laut memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan.
Cabar diri atasi gayat, dorong Suzana ceburi sukan luncur udara
Suzana berkata komitmennya dalam sukan paragliding pada masa ini hanyalah sekadar separuh masa.
Laura Melissa dari London mangsa salah faham calon peperiksaan SPM
Gara-gara kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 2 bagi Sijil Pertengahan Malaysia (SPM) 2019, akaun media sosial Laura Melissa Williams dari London dibanjiri dengan ribuan komen oleh anak muda Malaysia.
Paraglider maut jatuh sungai
Seorang lelaki berusia 30 tahun maut selepas paramotor yang diterbangkan tiba-tiba jatuh ke dalam Sungai Muda pagi tadi.
Tentera Perancis maut ketika aksi ekstrem terjunan wingsuit
Rakan penerjun menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila hanya mendarat seorang diri.