SUNGAI PETANI: Tidak selesa akibat ruang solat yang sempit menyebabkan jemaah Kariah Taman Kelisa Ria, di sini terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri lalu di atas jalan tar.
Setiausaha Jawatankuasa Masjid Taman Kelisa Ria, Basri Wahab berkata, kehadiran jemaah di luar jangkaan dan tidak menyangka solat dilakukan sehingga di kawasan luar pagar surau.
Menurutnya, situasi itu membuktikan keperluan mendesak agar sebuah masjid lebih luas dan selesa diperlukan bagi menampung keperluan jemaah yang semakin ramai.
"Surau yang memuatkan lebih kurang 500 jemaah itu dibina kira-kira 20 tahun lalu, kini sudah tidak mampu menampung kapasiti jemaah yang bertambah terutama ketika menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha.
"Masa hari raya baru ini, tak sangka ada ramai yang terpaksa berpanas dan solat atas jalan di depan rumah penduduk sebab dalam surau dah penuh," katanya.
Menurut Basri, bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.
Selain itu, katanya, ruang surau yang terhad juga dijadikan kelas KAFA membabitkan kira-kira 400 murid termasuk sesi pagi dan petang.
"Kelas KAFA juga sempit, tiada ruang atau bilik kelas khas kerana menumpang ruang surau sedia ada," katanya.
Disebabkan itu, satu jawatankuasa dibentuk di mana perancangan membangunkan masjid telah dilakukan secara serius pada 2018 dengan dana permulaan yang dikumpul ketika itu sebanyak RM1.8 juta.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Kelisa Ria, Abd Samad Asmawi melahirkan kesyukuran kerana kini kerja-kerja pembinaan masjid sedang dilaksanakan bersebelahan surau sedia ada, namun masih mempunyai kekangan di mana dana yang diperlukan masih belum mencukupi.
Menurutnya, walaupun tertangguh beberapa kali akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain penularan COVID-19, masjid dijadualkan siap pada Oktober 2024.
"Mengikut perkembangan pembinaan, kita sudah membuat bayaran lebih kurang RM3 juta kepada pihak kontraktor dan masih memerlukan lebih RM4 juta berikutan kenaikan kos barang pembinaan.
"Kami merayu orang ramai, para dermawan atau syarikat korporat agar sama-sama menyumbang bagi membolehkan masjid dibina mengikut masa ditetapkan," katanya.
Masjid yang dijangka mampu memuatkan kira-kira 1,400 jemaah akan dilengkapi dengan ruang solat, pagar, tandas, termasuk kaki lima dan landskap itu diyakini mampu memberi keselesaan buat semua anak kariah untuk beribadat dan melaksanakan aktiviti keagamaan lain. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 06 2023

Basri (kiri) dan Abd Samad di hadapan Masjid Taman Kelisa Ria, Sungai Petani yang kini sedang dalam pembinaan. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] 12 kawasan catat IPU tak sihat
12 kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Pegawai, anggota polis antara enam ditahan larikan seorang penganggur
kesemua suspek berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
TIada pertandingan 'top 5' Pas
Lima jawatan tertinggi Pas iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden tidak akan dipertandingkan.
[TERKINI] SIasatan terhadap Jasmine Loo diserahkan kepada Peguam Negara
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan MYDIN Pitchay mengesahkan siasatan ke atas bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo, sudah lengkap.

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023
Astro berbangga meraih pengiktirafan di peringkat global sekali lagi dengan membawa pulang 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AAAs) tahun ini.
Beli dua kampit sebulan, cukup - Mat Sabu
Rakyat dinasihatkan agar membeli beras putih tempatan mengikut keperluan isi rumah masing-masing bagi mengelakkan kekurangan bekalan di pasaran.
ASNB umum agihan pendapatan 4.50 sen seunit
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) umum pengagihan pendapatan 4.50 sen seunit untuk ASM 3 bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023.
Mangsa lelaki digesa tampil buat laporan, dapatkan bantuan
Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa golongan lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan gangguan seksual untuk tampil membuat laporan.
[TERKINI] Pendakwaan rayu pembebasan Muhyiddin berdasarkan 13 alasan
Ini laporan yang baharu kami terima.
Melalui laporan sinar harian, pihak pendakwaan memohon kepada Mahkamah Rayuan, di Putrajaya pada Selasa lalu supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memerintahkan supaya pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan semula.
Melalui laporan sinar harian, pihak pendakwaan memohon kepada Mahkamah Rayuan, di Putrajaya pada Selasa lalu supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memerintahkan supaya pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan semula.

Tambah lorong motosikal, mampu kurangkan kemalangan sehingga 40 peratus - Pakar
Hakikat harus diakui bahawa motosikal adalah antara komponen penting dalam sistem pengangkutan Malaysia.

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.