awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rugi lebih RM200,000 kebun harum manis terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
21/04/2024
07:15 MYT
Rugi lebih RM200,000 kebun harum manis terbakar
Tengku Mohammad Kamal menunjukkan pokok harum manis yang musnah dalam kejadian kebakaran minggu lalu.
SETIU: Seorang peniaga terpaksa menanggung kerugian lebih RM200,000 selepas kira-kira 350 pokok mangga harum manis diusahakan di atas tanah seluas 4.5 hektar musnah sekelip mata dalam kebakaran yang berlaku pada minggu lalu.
Tengku Mohammad Kamal Hishamudin, 29, berkata, dia mengetahui kebun miliknya itu terbakar selepas dihubungi oleh seorang pekerjanya.
Menurutnya, pokok harum manis yang ditanam itu dianggarkan berusia tiga tahun dan telah mula belajar berbunga untuk kali pertama.
"Saya rasa terkilan juga sebab hasrat nak lihat pokok ini berbuah tak kesampaian. Semua pokok yang ditanam habis musnah dan tak ada yang sempat diselamatkan.
"Kalau ikutkan, hasil daripada pokok-pokok ini dijangka akan dapat dituai pada Mei tahun hadapan," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rhu Tapai di sini, pada Sabtu.
Menurutnya, kali terakhir di ke kebun itu pada penghujung Ramadan lalu dan tidak menyangka ia merupakan pengalaman terkahir melihat pokok-pokok itu membesar sebelum ia musnah dijilat api.
"Kali terakhir saya datang ke kebun adalah pada akhir Ramadan lalu dan ketika kejadian kebakaran tu kebetulan saya berada di rumah di Kuala Terengganu," ujarnya.
Tengku Mohammad Kamal berkata, kebakaran itu turut memusnahkan sistem paip saliran tanaman dan mesin pam air di kebun berkenaan.
"Kita percaya kebakaran ini berlaku disebabkan keadaan cuaca yang panas dan kering sehingga api merebak dengan cepat ke kawasan kebun ini
"Sebelum ini kebun ini juga pernah ditenggelami air dalam kejadian bencana banjir," katanya.
Tengku Mohammad Kamal memberitahu meskipun masih terkejut dengan kejadian itu, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk kembali bangkit bagi meneroka potensi dalam bidang pertanian.
"Ini merupakan kali pertama saya menceburi bidang pertanian malangnya tak sempat merasa hasilnya sebab saya terlebih dahulu diuji dengan kebakaran kebun yang baru diusahakan.
"Meskipun ia dilihat agak sukar, namun bagi mewujudkan impian untuk memiliki kebun mangga harum manis yang jarang-jarang diusahakan oleh pekebun di Terengganu ini, saya perlu memulakan kembali tanaman ini bermula daripada bawah," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harum manis
#kebakaran kebun
#peniaga rugi
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan