awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar UniSZA maut kereta dirempuh
United pecat Amorim, Darren Fletcher ambil alih sementara
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rugi RM94,000, jururawat diperdaya Macau Scam

Bernama
Bernama
08/06/2021
21:48 MYT
Rugi RM94,000, jururawat diperdaya Macau Scam
Mangsa menerima panggilan daripada nombor talian mudah alih.
SEREMBAN: Seorang jururawat berputih mata apabila kerugian RM94,000 selepas diperdaya anggota sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata wanita berusia 31 tahun itu menerima panggilan daripada nombor talian mudah alih, memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM38,600 ke atas syarikat yang didaftarkan menggunakan namanya.
"Wanita itu menafikan perkara itu namun panggilan tersebut disambungkan kepada 'Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuantan' untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian.
Selepas itu pengadu bercakap dengan pegawai polis berpangkat ACP dan telah dia diminta memuat naik pautan aplikasi MyBNM," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Aidi Sham berkata pengadu telah diarahkan oleh individu terbabit untuk memasukkan butiran nama serta nombor kad pengenalan dalam aplikasi tersebut bagi tujuan keselamatan supaya wang simpanan akaun wanita itu tidak ditolak.
Bagaimanapun setelah membuat semakan dengan pihak bank, pengadu mendapati wang simpanan salah satu akaun miliknya telah dipindahkan kepada beberapa akaun yang tidak dikenali dalam 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#rugi
#jururawat
#LHDN
#tunggakan cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan