KLUANG: Seorang bekas kartunis sambilan majalah humor mengisi masa terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu di sini sehingga terhasil 62 lukisan mural tiga dan empat dimensi (3D dan 4D).
Zulkefli Dahlan, 45, berkata, mural 3D dan 4D terakhir yang dihasilkan di sebuah banglo tidak berpenghuni itu adalah pada hujung tahun lepas menggunakan cat mural, cat pintar serta cat air sebelum disapukan dengan lakuer.
"Pada awalnya, saya hanya berangan-angan menghasilkan mural secara dalaman namun setelah mendapat sokongan daripada rakan-rakan, kesemua mural di banglo ini dapat disiapkan dengan setiap mural mengambil masa antara tiga hari hingga empat bulan untuk dihasilkan.
"Apabila tamat tempoh PKP akibat penularan wabak COVID-19, rakan-rakan mencadangkan supaya banglo ini dijadikan sebuah galeri kerana mural yang terhasil mampu menjadi tarikan pelancong, dan sejak itu mulai Februari lepas, banglo ini digelar sebagai Rumah Seni," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama pada program 'Famtrip Qurban Aidiladha @ Kluang 2023' anjuran Tourism Malaysia Wilayah Selatan baru-baru ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof dan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Muhamad Nasir Pahmi.
Zulkefli, yang minat melukis sejak berusia lima tahun berkata, selepas Rumah Seni dibuka kepada pengunjung, galeri itu menerima hampir 1,000 pelancong domestik dan luar termasuk dari Singapura serta Indonesia.
Antara mural yang menjadi tumpuan ialah potret Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Kampung Palembang iaitu antara lokasi di daerah ini.
"Suatu ketika semasa saya kecil, saya pernah diketawakan oleh seorang guru kerana saya gemar melukis orang lidi, sejak itu saya nekad untuk melukis bersungguh-sungguh dan syukur sekarang mural saya terlakar di galeri ini serta terdapat di beberapa daerah antaranya Mersing, Tangkak dan Batu Pahat," katanya.
Muhamad Nasir pula berkata, Tourism Malaysia menyokong usaha Zulkefli dan rakan-rakannya sekali gus memasukkan Rumah Seni sebagai antara lokasi yang boleh dikunjungi di daerah itu.
Beliau berkata, selain Rumah Seni, pelancong boleh berkunjung ke Kluang Rail Coffee, Talula Hill Farm Resort, Dataran Impiana, Kluang Coffee Powder Factory, Restoran Bawah Kolong, Hutan Rekreasi Gunung Belumut, Felda Ulu Dengar, Taman Air Gunung Lambak dan Taman Cattle Queen. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Bekas kartunis yang juga pelukis mural, Zulkefli Dahlan menunjukkan lukisan mural yang dihasilkan berlatar belakangkan Kampung Palembang, sebuah lokasi daerah Kluang. - Gambar BERNAMA
Malaysia harus rebut peluang lakukan pembaharuan dalam penyelidikan klinikal - PM
Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ambil langkah proaktif perbaharui silibus mata pelajaran - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah lebih proaktif dalam usaha meningkatkan kualiti sistem dan pendidikan negara.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
Ibu kota Chile dikejutkan dengan fenomena salji
Ibu kota Chile dikejutkan dengan fenomena luar biasa pada rabu selepas salji turun di bandar tersebut pada selasa sehingga mengejutkan penduduk pada musim luruh austral.
Pemandangan dron merakam kawasan metropolitan Santiago yang dilitupi salji.
Pemandangan dron merakam kawasan metropolitan Santiago yang dilitupi salji.
Ganja hanya untuk kegunaan perubatan sahaja - PM Thailand
Langkah itu berlaku walaupun pertumbuhan pesat sektor runcit domestik untuk ganja, dengan puluhan ribu kedai dan perniagaan muncul di Thailand dalam dua tahun lalu dalam industri yang diunjurkan bernilai sehingga AS$1.2 bilion menjelang 2025.
Protes pro-Palestin tercetus di Universiti Belanda
Polis pencegah rusuhan Belanda pada Rabu meleraikan protes pro-Palestin di Universiti of Amsterdam (UvA).
Ia susulan sekumpulan penunjuk perasaan berikrar untuk kekal di kawasan kampus itu sehingga institusi tersebut memutuskan semua hubungan dengan Israel.
Ia susulan sekumpulan penunjuk perasaan berikrar untuk kekal di kawasan kampus itu sehingga institusi tersebut memutuskan semua hubungan dengan Israel.
RSAF gantung latihan F-16 selepas insiden jet terhempas
Latihan akan ditangguhkan sehingga siasatan mengesahkan bahawa ia selamat untuk disambung semula.
[TERKINI] Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 mei ini.
kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.
kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.
Sultan Selangor kecewa dengan MFL
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual berlangsung pada Jumaat menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Melalui satu hantaran yang dibuat di Facebook rasmi baginda pada Khamis, baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak liga bola sepak malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.
Melalui satu hantaran yang dibuat di Facebook rasmi baginda pada Khamis, baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak liga bola sepak malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.
Bantuan, sokongan inklusif, pacu perkembangan adil
Menurut Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid, untuk memastikan ekonomi itu inklusif, penting untuk memastikan semua golongan mendapat peluang yang sama untuk berkembang agar lebih banyak banyak individu yang produktif untuk masa depan Malaysia dapat dilahirkan
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.