awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Hamzah Zainudin diserbu LHDN?

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2023
15:54 MYT
Rumah Hamzah Zainudin diserbu LHDN?
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pada Selasa. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pada Selasa.
Sumber memberitahu, ketika serbuan kira-kira pukul 11 pagi dilakukan Ahli Parlimen Larut itu dikatakan berada di rumah.
Menurutnya, serbuan itu adalah susulan terdapat beberapa cukai yang tidak dilaporkan.
Penguat kuasa turut dikatakan merampas beberapa fail termasuk dokumen pemilikan aset dan akaun.
Astro AWANI masih cuba mendapatkan reaksi Hamzah berhubung perkara itu.
Bulan lalu, Hamzah mengesahkan beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berkait satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Beliau menjelaskan keterangan itu dibuat susulan pertuduhan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam di mahkamah.
Hamzah mendakwa, kes pertuduhan di mahkamah membabitkan ahli perniagaan itu yang turut mengheret namanya, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).
Topic Berkaitan
#LHDN
#Hamzah Zainuddin
#Perikatan Nasional
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan