awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah, kedai di Padang Jawa musnah dijilat api

Sinar Harian
Sinar Harian
30/07/2024
06:41 MYT
Rumah, kedai di Padang Jawa musnah dijilat api
Anggota bomba giat memadam kebakaran melibatkan sebuah rumah dan kedai di Jalan Mat Raji, Padang Jawa, Shah Alam, Selangor pada Selasa. -Foto JBPM.
SHAH ALAM: Sebuah rumah dan kedai di Jalan Mat Raji, Padang Jawa, di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran pada Selasa.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.36 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit selepas itu.
Sebaik tiba katanya, kerja-kerja 'size up' telah dilakukan oleh petugas JBPM di kawasan berkenaan.
"Kebakaran melibatkan sebuah kedai dua tingkat dan rumah dua tingkat.
"Kedai berkeluasan 15x21 meter persegi telah terbakar 90 peratus, manakala rumah berkeluasan 9x21 meter persegi terbakar sebanyak 80 peratus," kata kenyataan itu pada Selasa.
Kata kenyataan itu, tiada mangsa dan individu tercedera dalam kejadian kebakaran tersebut.
Menurutnya, balai yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan dibantu oleh BBP Klang Utara serta BBP Bukit Jelutong.
Katanya, anggota bertugas membuat pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula, air daripada tangki pam jentera serta empat aliran 'breeching'.
Tambahnya, kerja-kerja pemadaman disambung oleh pasukan B sehingga api padam sepenuhnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#padang jawa
#rumah dan kedai musnah
#Jalan Mat Raji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan