Selepas beroperasi selama dua tahun, 'Rumah Kita', sebuah rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak di Ampang, Selangor berjaya menyelamatkan 54 bayi luar nikah.
Pengasasnya, Vimmy Yasmin Abd Razak, 44, berkata bayi yang diselamatkan itu adalah yang lahir dari hubungan luar nikah dan wanita yang diperkosa.
Kini, masuk tahun ketiga penubuhannya, dan 'Rumah Kita' telah menerima keseluruhan 52 wanita hamil luar nikah termasuk seorang penghidap AIDS.
Mereka berumur antara sembilan hingga 33 tahun.
"Mangsa berusia sembilan tahun itu merupakan kes diperkosa bapa, manakala mangsa berusia 33 tahun 'diambil kesempatan' kerana berstatus lembam," katanya kepada pemberita pada majlis Jualan Amal Kek 'Rumah Kita' anjuran Kobis Bunga Bakery di sini hari ini.
Yasmin berkata pada masa ini, hanya 16 wanita terlanjur dan enam bayi luar nikah sedang berlindung di 'Rumah Kita' secara percuma.
Menurut Vimmy Yasmin, pihaknya tidak menetapkan sebarang syarat kemasukan.
'Rumah Kita' bukan saja untuk wanita hamil dan terlanjur malah untuk wanita teraniaya ditinggalkan suami atau didera; mereka yang terbabit sumbang mahram dan mereka yang tiada tempat bergantung atau tempat dituju.
Katanya, urusan rumah tersebut dipermudah dengan bantuan suami tercinta, Mohd Farid Mustafha, 44.
"Rumah Kita' mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM6,000 sebulan dengan barangan keperluan harian disumbangkan orang ramai," kata Vimmy Yasmin.
Beliau berkata pengoperasian 'Rumah Kita' dikendali sepenuhnya oleh sukarelawan dan penghuni yang dibimbingnya sendiri, tanpa pengawasan warden.
"Di 'Rumah Kita', setiap penghuni akan berbincang dan menubuhkan jawatankuasa khas dalam kalangan mereka bagi memastikan setiap kerja rumah, urusan menjaga bayi dan ibu dalam pantang dijalankan dengan sempurna," katanya.
Sementara itu, pemilik syarikat Kobis Bunga Bakery, Norul Syafinas Abu Bakar, 31, berkata pihaknya berjaya mengumpul kutipan dana berjumlah RM8,790 untuk disumbangkan kepada 'Rumah Kita'.
Selain jualan kek, program itu turut dimeriahkan dengan penyertaan jualan amal apam polkadot, sumbangan minuman air kotak daripada syarikat Juara Selera Sdn Bhd, jus jamu Mok Montok daripada Cemara Spa dan dana sumbangan orang awam.
Norul Syafinas berkata, beliau bercadang mewujudkan sebuah 'Rumah Kita' di Parit Buntar. -- Bernama
Bernama
Sun Feb 19 2017
'Rumah Kita' bukan saja untuk wanita hamil dan terlanjur malah untuk wanita teraniaya ditinggalkan suami atau didera. - Gambar hiasan
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Jangan buang bayi, ada keluarga yang perlukan mereka - Wan Azizah
Bayi luar nikah tidak seharusnya dibuang sebaliknya boleh diselamatkan dan diberi perlindungan kepada keluarga angkat yang amat memerlukan bayi berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri.
'Rumah Kita' selamatkan 52 wanita, 54 bayi sejak penubuhannya
Selepas beroperasi selama dua tahun, 'Rumah Kita', sebuah rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak di Ampang, Selangor berjaya menyelamatkan 54 bayi luar nikah.