Rumah mampu milik tidak boleh disalah guna bagi tujuan mengaut keuntungan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Menurut Zuraida, selain penetapan komitmen lima tahun, rumah mampu milik juga hanya boleh dijual semula kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Rumah mampu milik yang dibina kerajaan hanya boleh dijual kepada KPKT dan tidak boleh dijual secara sesuka hati. Harga jualan akan mengikut harga pasaran semasa,” katanya.
Kata Zuraida, kerajaan mensasarkan 1 juta rumah mampu milik untuk kumpulan B40 dalam tempoh 10 tahun akan datang.
“Untuk tujuan itu, kementerian akan membina 100,000 rumah mampu milik setiap tahun bagi membolehkan lebih ramai individu dari kumpulan B40 dapat memiliki rumah sendiri pada masa akan datang,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran DRN 2018-2025 dan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Rumah Transit Belia KPKT dan Rumah Mampu Milik di Pusat Konvensyen Sime Darby pada Isnin.
Kerajaan juga katanya, menyasarkan pembinaan 10,000 unit rumah transit iaitu seluas 500 kaki persegi, khusus untuk membantu golongan muda yang belum berkahwin terutamanya di bandar-bandar utama di negara ini sehingga mereka mampu membeli rumah sendiri.
Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Zuraida berkata Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-2025 diwujudkan bagi memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu milik dalam memenuhi keperluan golongan bawah (B40).
Tambahnya, dasar itu bertunjangkan lima fokus, 16 strategi dan 57 pelan tindakan termasuklah pengumpulan data perumahan, kebolehaksesan, kualiti perumahan, aspek memberdayakan komiti dan penjagaan harta benda, serta pinjaman perumahan.
Terdahulu, Zuraida turut melancarkan buku DRN 2018-2025 yang bertemakan rumah berkualiti harapan rakyat dengan 144 halaman hari ini.
Maklumat lanjut DRN 2018-2025 boleh dimuat turun dari portal ehome.kpkt.gov.my.
Azyyati Ahmad
Mon Jan 28 2019
ZURAIDA: Rumah mampu milik yang dibina kerajaan hanya boleh dijual kepada KPKT dan tidak boleh dijual secara sesuka hati.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sistem IBS Digital bantu kerajaan sasar 1 juta rumah mampu milik
Sistem Binaan Berindustri (IBS) digital dilihat mampu bantu kerajaan memenuhi sasaran satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun.
Rumah mampu milik hanya boleh dijual semula kepada KPT
Rumah mampu milik tidak boleh disalahguna bagi tujuan mengaut keuntungan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dasar Perumahan Negara dilancar 8 Jan depan - Zuraida
Dasar Perumahan Negara 2018-2025 akan dilancarkan pada 8 Januari depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Dasar Perumahan Negara akan dikaji semula - Noh Omar
Perkara itu perlu bagi membolehkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai kemampuan memiliki kediaman sendiri.