awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah nenek jadi stor dadah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
23/04/2024
04:50 MYT
Rumah nenek jadi stor dadah
Azli menunjukkan dadah yang dirampas dari sebuah rumah di Kampung Paya Datu. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Helah seorang pemuda menjadikan kediaman neneknya sebagai stor simpanan dadah terbongkar selepas diberkas bersama sejumlah dadah yang bernilai hampir RM400,000.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata lelaki yang berusia sekitar 20-an itu diberkas kira-kira jam 10.30 pagi Ahad di Kampung Paya Datu, Manir, Kuala Terengganu.
Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah itu sejak Disember lalu dengan menerima upah sebanyak RM2,000 sebulan.
"Hasil pemeriksaan kita telah berjaya menahan seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti penagihan di dalam sebuah bilik.
"Hasil pemeriksaan lanjut pihak polis telah menjumpai dan merampas sebanyak 4,027 gram pil yaba atau pil kuda dan sejumlah 33.1 gram heroin yang berada dalam bilik tersebut," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada Selasa.
Beliau berkata menerusi serbuan itu juga pihaknya turut menyita sebuah motorsikal jenis Yamaha Y15ZR yang bernilai RM12,000 dan wang tunai RM240 yang dipercayai hasil kegiatan dadah.
Bekalan berkenaan dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk pasaran di sekitar daerah Kuala Terengganu.
Jelasnya ketika ini pihaknya sedang memburu beberapa tokan dadah yang terbabit dengan penahanan pemuda berkenaan.
Azli berkata suspek kini direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#stor dadah
#Azli Mohd Noor
#pil yaba
#heroin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan