Skip to main content

Sukan

Naib juara Piala Dunia 2026 heret FIFA ke CAS

Argentina kemuka rayuan berhubung hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026 pada Julai lalu. - StadiumAstro
Argentina kemuka rayuan berhubung hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026 pada Julai lalu. - StadiumAstro
Advertisement

ARGENTINA sah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) susulan hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026 pada Julai lalu.

Pemain paling mencuri tumpuan, Leandro Paredes, disahkan menjalani penggantungan 10 perlawanan susulan pergaduhan bersama beberapa tonggak Sepanyol. 

Seorang lagi pemain Argentina, Nahuel Molina, turut menerima penggantungan tujuh perlawanan selain didenda RM363,000.

Advertisement

Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) membantah keputusan tersebut, namun ditolak oleh FIFA dan kemudian sepakat untuk membawa perkara ini ke perhatian CAS. 

Must Watch Video

Advertisement