awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Persatuan Orang Cacat JB terbakar, penjaga melecur

Bernama
Bernama
26/12/2022
22:00 MYT
Rumah Persatuan Orang Cacat JB terbakar, penjaga melecur
Seorang penjaga rumah penjagaan orang kurang upaya (OKU) melecur 30 peratus selepas premis di berkenaan terbakar dalam kejadian di Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Seorang penjaga Rumah Persatuan Orang Cacat Johor Bahru melecur di bahagian badan susulan kebakaran di rumah tersebut di Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin, di sini pagi Isnin.
Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Faiz Suleiman berkata lelaki berusia 64 tahun itu melecur 30 peratus badannya dalam kejadian pada 7.53 pagi.
Beliau berkata ketika kejadian hanya terdapat empat lelaki warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan berusia 60 hingga 70-an di rumah itu dan kesemuanya terselamat hasil bantuan orang awam.
"Operasi pemadaman dilakukan sebaik Pasukan Keluaran Operasi tiba dan rumah jenis separuh kekal itu terbakar 65 peratus.
"Seorang penjaga melecur 30 peratus di anggota badan, manakala empat OKU cacat penglihatan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba," katanya menerusi kenyataan di sini.
Beliau berkata penjaga terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk mendapatkan rawatan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#kebakaran
#melecur
#Rumah Persatuan Orang Cacat Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan