awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah pusaka 100 tahun tinggal debu

Astro Awani
Astro Awani
04/02/2018
10:13 MYT
Rumah pusaka 100 tahun tinggal debu
Rumah separuh kekal yang didiami sembilan sekeluarga musnah dalam satu kebakaran di Kampung Kubur, Batu Rakit, hari ini. - Foto Bernama
Sebuah keluarga terpaksa berputih mata selepas kediaman pusaka berusia hampir 100 tahun musnah dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Kubur, Batu Rakit pada pagi Ahad.
Insiden kira-kira jam 9.30 pagi itu disedari Ziyana Mohamad Ariffin yang merupakan salah seorang menantu dalam keluarga berkenaan sebaik selesai menjemur pakaian.
“Saya mula sedar rumah terbakar sebaik masuk ke dalam rumah selepas selesai menjemur pakaian.
“Keadaan api yang besar membuatkan tidak sempat membawa keluar barangan selain hanya mampu menyelamatkan anak serta ibu bapa mertua yang sedang berehat di ruang tamu,” katanya.
Bomba yang tiba sebaik menerima panggilan kecemasan berjaya mengawal api kira-kira 20 minit dengan kekuatan 25 anggota dan tiga jentera.
Pegawai Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Azmi Omar mengakui kerja pemadaman api berdepan kesukaran ekoran keadaan angina kuat termasuk struktur kediaman berasaskan kayu.
“Rumah ini terbakar 100 peratus dan kerja pemadaman api dilakukan membabitkan 25 anggota. Kesemua anggota ini adalah dari balai Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.”
Punca kejadian masih dalam siasatan sementara jumlah kerugian sebenar juga masih belum diketahui.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kebakaran
#Kuala Nerus
#Malaysia
#musnah
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan