awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah rosak, pokok tumbang hempap kenderaan akibat ribut

Aida Aziz
Aida Aziz
18/04/2023
00:30 MYT
Rumah rosak, pokok tumbang hempap kenderaan akibat ribut
Antara rumah yang terkesan dalam kejaidan hujan lebat berterusan dan angin kencang di Ipoh pada Isnin. - Foto APM Perak
IPOH: Hujan lebat berterusan dan angin kencang yang berlaku di Ipoh malam tadi menyebabkan lima buah rumah rosak termasuk insiden pokok tumbang di empat kawasan.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7 petang.
Katanya, antara lokasi yang terjejas ialah Jalan Berlian, Lorong Uthmaniah, Jalan Kledang, Persiaran Jelapang Taman Silibin, Jalan Jelapang, Lebuhraya Ipoh-Lumut serta Lengkuk Rishah, Taman Rishah.
"Jalan Berlian (2 rumah terjejas), Lorong Uthmaniah (2 rumah terjejas), Jalan Kledang (1 rumah terjejas).
"Persiaran Jelapang Taman Silibin (pokok tumbang hempap kereta), Jalan Jelapang (pokok tumbang), Lebuhraya Ipoh-Lumut (pokok tumbang) serta Lengkuk Rishah, Taman Rishah (pokok tumbang)," katanya kepada pemberita malam tadi.
Beliau berkata kejadian ribut itu berpunca daripada hujan lebat dan angin kuat sejak petang Isnin.
"Pada jam 7 malam tadi PKOD Ipoh terima info awal dari pegawai operasi untuk membuat maklum balas tinjauan di kawasan ribut.
"Keadaan semasa cuaca tidak hujan dan pemantauan sedang dilakukan dari masa ke semasa," katanya.
Ujar kenyataan itu lagi, sehingga kini penduduk yang terjejas masih kekal di rumah, manakala ada yang pindah buat sementara waktu ke rumah saudara mara terdekat.
Aida Aziz
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#ribut
#hujan lebat
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan