Satu sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat sebagai makmal memproses dadah akhirnya tumpas di tangan polis.
Kegiatan tersebut dibongkar sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Shah Alam dalam serbuan di Setia Alam, Khamis lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu berjaya memberkas sembilan individu berusia lingkungan 19 hingga 65 tahun termasuk seorang wanita.
Hasil semakan mendapati suspek ini mempunyai pertalian keluarga yang mana wanita terbabit juga adalah ibu kepada salah seorang suspek lelaki.
Dalam serbuan ini, polis telah merampas 6.9 kilogram (kg) dadah disyaki heroin, 0.75 kilogram dadah disyaki heroin 'base' dan dadah disyaki ganja seberat 1.25 kilogram yang dianggarkan bernilai RM149,585.
Selain itu, enam buah kenderaan jenis Perodua Alza, Nissan Frontier, Perodua Myvi, Proton Persona, Proton Waja dan Proton Wira telah disita bersama dengan pelbagai barang kemas serta jam tangan.
“Jadi kesimpulannya, jumlah keseluruhan nilai dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM138,413, jumlah sitaan lebih kurang RM186,000, rampasan herion base berjumlah 750 gram yang boleh menghasilkan sebanyak 25 pound bersamaan dengan 10.8 kg heroin," kata Noor Azam.
Sindiket ini menyewa kediaman yang dilengkapi kawalan kameran litar tertutup dan pengawal keselamatan dengan harga RM1,600 sebulan sejak enam bulan lalu.
Beliau berkata, dadah yang diproses dipercayai untuk pasaran tempatan dan sindiket terbabit dipercayai memproses dadah sebanyak 30 hingga 35 kg sebulan.
Polis masih siasat peranan kesemua suspek ini selain mengenal pasti sama ada mereka ini terbabit dalam kegiatan kongsi gelap.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
Mon Feb 25 2019

Sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa dijadikan sebagai makmal memproses dadah.

Cerita Sebalik Berita: Terengganu catat kebolehjangkitan tertinggi
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Reezal Merican, 264 atlet negara terima vaksin COVID-19
Sebentar tadi, berlangsungnya program COVID-19 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Kompleks Sukan DBKL, Taman Desa Tasik, Kuala Lumpur. Antara yang menerima suntikan vaksin itu adalah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Laporannya bersama wartawan Isabelle Leong.

Zii Jia tidak ambil vaksin kerana demam - Hendrawan
Juara All England 2021, Lee Zii Jia terlepas suntikan vaksin COVID-19 hari ini kerana demam.

SC kenakan celaan terhadap Remitano, masukkan dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan celaan ke atas Remitano kerana mengendalikan bursa aset digital (DAX) di Malaysia tanpa kebenaran.

Cerita Sebalik Berita: Kemeriahan bazar Ramadan di Alor Setar
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Kuota minyak masak bersubsidi kekal 60,000 tan sebulan - Menteri
Kerajaan masih mengekalkan kuota minyak masak bersubsidi sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan termasuk pada 2020 dan 2021.

COVID-19: Paula Abdul kembali ke kerusi juri 'American Idol', kerana ...
Juri American Idol Luke Bryan dilaporkan positif COVID-19, menyebabkannya dia terpaksa digugurkan dari episod pertama program nyanyian realiti terbitan rangkaian televisyen ABC itu.

10 sekolah terjejas akibat ribut akan segera diselenggara
Penyelenggaraan tersebut perlu disegerakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung tidak terjejas.

Ramadan 2021: Negara mana yang berpuasa paling lama dan singkat tahun ini?
Bagi umat Islam di Malaysia, jangkaan puasa selama 13 jam akan disambut dengan kebanyakan kawasan dijangka menerima hujan.

Bank Negara tambah 2 syarikat baharu dalam senarai amaran perniagaan perkhidmatan wang
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemaskinikan dan menambah dua syarikat baharu dalam Senarai Amaran Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB).

Lelaki terlibat pergaduhan Bangsar ditahan, suspek lain sedang diburu - Polis
Suspek berusia 26 tahun itu berjaya ditahan dalam serbuan di Jalan 11 Selayang Baru, Batu Caves, pada petang Sabtu.

Nenek 29 cucu ditahan kerana miliki dadah
Pemeriksaan polis menjumpai satu peket plastik berisi daun kering disyaki ganja dan dua papan timah mengandungi tiga biji pil eramin 5 di rumah wanita terbabit.

Edar dadah: Dua sahabat bakal ke tali gantung
Kedua-dua sahabat itu hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Ibu, anak lelaki antara tiga ditahan edar dadah
Seorang ibu dan anak lelakinya antara tiga individu yang ditahan kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang, dalam dua serbuan berasingan di Petaling Jaya.

Dua lelaki bawa 415kg daun ketum nekad rempuh SJR sebelum ditahan
Dua lelaki bertindak nekad merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Batu 6, Batu Melintang, Jeli ketika dikejar polis akhirnya membawa padah selepas berjaya ditahan bersama 415 kilogram daun ketum

17 MPV kejar penjenayah dari Johor Bahru hingga ke Kluang
Pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi.

Lima individu ditahan bersama hampir 29 kilogram syabu
Lima individu ditahan bersama Dadah jenis Syabu oleh sepasukan polis dari bahagaian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Polis kejar suspek, macam dalam filem pula!
Sebelum diberkas pihak polis terpaksa mengejar mereka sejauh lapan kilometer di Bandar Baru Kerteh, Kemaman.

Dua beranak dalang sindiket dadah RM6.58 juta direman tujuh hari
Penahanan dua beranak berusia 43 dan 16 tahun bersama rakan seusia remaja berkenaan dilakukan di sebuah rumah pada 12.15 tengah malam dan 2.45 pagi di Felda Rimba Emas, Padang Besar.

Kabinet pertimbang syor pinda hukuman mati mandatori - Takiyuddin
Laporan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori itu baru diterima pihaknya pada 17 Julai lalu.