awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah terbuka: Pengunjung teruja mahu jumpa PM, rancang seminggu lebih awal

Bernama
Bernama
07/05/2023
05:25 MYT
Rumah terbuka: Pengunjung teruja mahu jumpa PM, rancang seminggu lebih awal
Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir ke majlis berkenaan yang bermula 10 pagi hingga 4.30 petang. - Foto Astro AWANI
SEREMBAN: Keterujaan untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani membuatkan pengunjung R. Kumaran merancang seminggu lebih awal bagi mengelakkan tidak terlepas menghadirinya.
Tiba seawal 8 pagi tadi bersama keluarga, pekerja swasta dari Rantau dekat sini itu berkata ini berikutan kali terakhir dia melihat pemimpin utama negara itu adalah ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Port Dickson sebelum ini selain tidak mahu melepaskan peluang merasai kemeriahan rumah terbuka berkenaan.
"Kali terakhir saya jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Rumah Terbuka Aidilfitri di Port Dickson, iaitu sebelum beliau menjadi Perdana Menteri. Saya dapat tahu jemputan rumah terbuka ini melalui media sosial, tak sabar mahu jumpa beliau.
"Pagi tadi kami keluar awal dari rumah bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan tidak mahu bersesak untuk mencari parkir di sini," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka itu yang diadakan di Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.
Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir ke majlis berkenaan yang bermula 10 pagi hingga 4.30 petang dengan 52 reruai makanan disediakan untuk dinikmati termasuk lemang daun lerek, rendang maman, apam Johol dan cendol.
Dalam pada itu, seorang suri rumah Hasnizah Nordin, 40, berkata dia turut melahirkan keterujaan menghadiri majlis tersebut buat pertama kali bersama masyarakat tanpa mengira kaum selain berpeluang beraya bersama Perdan Menteri.
"Biasanya kalau hari raya, hanya orang Islam sahaja yang menyambutnya tetapi di sini semua kaum ada, jarang dapat bertemu ramai macam ini, saya dan keluarga tiba ada pukul 9 pagi tadi walaupun majlis bermula pukul 10 pagi. Anak-anak pun tak sabar nak jumpa Perdana Menteri," katanya.
Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud dijadualkan berangkat ke majlis tersebut pada pukul 1 tengah hari nanti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rumah Terbuka Negeri Sembilan
#Anwar Ibrahim
#Malaysia Madani
#R Kumaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan