Rumah teres jadi stor dadah: Lima lelaki ditahan, rampasan bernilai RM2.07 juta

Serbuan oleh JSJN Johor merampas dadah seberat 21.75 kg, turut menahan lima lelaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. -Gambar hiasan/Bernama
JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif sejak Ogos tahun lepas menerusi serbuan ke sebuah rumah teres setingkat di Taman Bukit Indah di sini minggu lepas, melibatkan rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan berjumlah RM2.07 juta.
Ringkasan AI
- Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Taman Bukit Indah dengan rampasan dadah bernilai RM2.07 juta.
- Serbuan oleh JSJN Johor merampas dadah seberat 21.75 kg, turut menahan lima lelaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
- Jumlah dadah yang dirampas mampu merosakkan 98,203 orang; kesemua suspek positif dadah methamphetamine dan direman sehingga 16 Jan.
"Suspek pertama berperanan sebagai ketua manakala yang lain ahli sindiket. Mereka menjadikan rumah teres sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan," katanya dalam sidang media di IPK Johor di sini hari ini.
Dadah dirampas ialah syabu seberat 15.29 kg, serbuk MDMA (5.37 kg), pil ekstasi (338.70 gram), ketamin (297.10 gram), ganja (798 gram) dan pil Yaba (159.50 gram) selain pelbagai peralatan menghisap serta pembungkusan semula dadah.
Ab Rahaman berkata jumlah dadah itu dianggarkan mampu merosakkan 98,203 orang.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.
Ab Rahaman berkata semua suspek positif dadah methamphetamine dan direman sehingga 16 Jan.
Semakan rekod jenayah lampau mendapati empat suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah.
Selain itu, beliau berkata polis turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan jumlah sitaan bernilai RM616,010 melibatkan enam kereta, dua motosikal, wang tunai RM270,150 dan sebentuk cincin emas.
Ab Rahaman berkata kejayaan operasi itu hasil risikan berterusan JSJN serta kerjasama orang awam dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka terlibat pengedaran dadah.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang menjadi sasaran utama polis Johor dalam serbuan terbaru mereka di Taman Bukit Indah? A: Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah serta harta bernilai RM2.07 juta.
- Q: Berapakah jumlah dadah yang dirampas oleh polis Johor dalam serbuan tersebut? A: Polis merampas pelbagai jenis dadah seberat 21.75 kilogram dengan nilai pasaran RM1.45 juta.
- Q: Siapakah yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah yang ditahan oleh polis Johor? A: Lima lelaki tempatan berusia antara 43 hingga 53 tahun ditahan, dengan salah seorang berperanan sebagai ketua sindiket.
- Q: Apakah hukuman yang boleh dikenakan kepada mereka yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952? A: Hukuman termasuk gantung sampai mati, penjara seumur hidup, dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.
- Q: Berapakah nilai harta yang disita oleh polis Johor selain daripada dadah semasa operasi tersebut? A: Polis turut menyita harta bernilai RM616,010 termasuk enam kereta, dua motosikal, wang tunai RM270,150, dan sebentuk cincin emas.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

