Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak sudah memulakan perbincangan untuk memberi lebih 'pemerkasaan' kepada beberapa jabatan kerajaan negeri, dengan menurunkan kuasa jabatan-jabatan tertentu kerajaan pusat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ia susulan arahan beliau kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa untuk mula berunding dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani mengenai perkara itu baru-baru ini.
Menurutnya hasil rundingan mengenai perkara itu kelak akan diumumkan oleh beliau sendiri dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, apabila ia dimuktamadkan.
"Banyak pertindihan (kuasa) boleh dielak, banyak sumber yang boleh diselamatkan kalau kita boleh perkemas kuasa antara (jabatan) kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Padang Merdeka di sini malam tadi.
Beliau berkata inilah untungnya rakyat Sarawak kerana memiliki sebuah kerajaan negeri yang sealiran dengan kerajaan pusat, kerana banyak lagi kemajuan boleh diharapkan hasil keakraban ini.
Najib berkata apabila rakyat Sarawak mengambil keputusan untuk merdeka dengan bersama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963, mereka jelas faham mengenai kepentingan untuk menganggotai sebuah 'keluarga besar'.
Beliau berkata dengan menganggotai sebuah keluarga besar, ini bermakna seluruh kekuatan kerajaan persekutuan akan digunakan untuk mempertahankan kepentingan dan keselamatan rakyat Sarawak.
Katanya itulah sebabnya apabila ada segelintir rakyat yang menampilkan idea kononnya untuk membawa Sarawak keluar Malaysia, beliau menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak logik, atau langsung "tidak masuk akal".
"Saya setuju dengan kata-kata ketua menteri Sarawak sebentar tadi, 'it is a stupid talk', sebab keputusan keramat Sarawak untuk merdeka dalam Malaysia membawa manfaat penuh kepada seluruh rakyat," katanya.
Perdana Menteri bersama ketua menteri dan menteri-menteri Kabinet persekutuan serta negeri kemudiannya meninggalkan majlis selepas upacara menaikkan bendera sebagai simbolik acara sambutan, namun lebih 10,000 pengunjung terus berada di Padang Merdeka untuk menikmati banyak lagi acara yang disediakan bagi memeriahkan sambutan.
Acara persembahan pentas dijangka berlarutan sehingga ke tengah malam dan akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
Bernama
Tue Aug 11 2015
Najib (tengah) ketika menghadiri majlis Ramah Tamah Aidil Fitri anjuran PBB Zon Kuching pada Isnin. - fotoBERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.