KUALA NERUS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian segera terhadap masalah runtuhan tanah di sekitar Tasik Kenyir demi keselamatan rakyat Terengganu.
Anwar berkata meskipun Terengganu merupakan negeri pembangkang, namun Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri harus bersama-sama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah rakyat.
"Yang baru disebut kepada saya iaitu tentang masalah di Tasik Kenyir kerana berlaku runtuhan dan saya bincang dengan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) kalau itu satu hal yang benar-benar mendesak, kalau untuk menjamin keselamatan kawasan Tasik Kenyir dan Terengganu kerana limpahan air dan kerosakan yang mungkin berlaku, tentunya saya bagi perhatian segera.
Walaupun Menteri Besar (Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) daripada parti lain, itu tidak menjadi masalah. Kalau masalah itu masalah rakyat kita mesti hadapi bersama," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Malaysia MADANI: Perdana Menteri Bersama Rakyat Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, di sini hari ini.
Majlis berbuka puasa bersama pemimpin nombor satu negara itu turut dihadiri Ahmad Samsuri dan Mohd Zuki beserta kira-kira 1,500 pelajar dan rakyat dari sekitar Kuala Nerus.
Dalam pada itu Anwar menegaskan pendiriannya untuk mempertingkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri termasuk dari negeri pembangkang demi kepentingan rakyat.
Sebagai contoh katanya Kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan negeri-negeri pembangkang dalam Belanjawan MADANI yang diumumkan Februari lepas dengan pertambahan peruntukan kepada negeri-negeri termasuk Terengganu, selain pengumuman projek tebatan banjir yang turut melibatkan Terengganu dan Kelantan.
Ahli Parlimen Tambun itu juga berkata beliau terbuka dengan sebarang kritikan dan teguran daripada kerajaan negeri termasuk negeri pembangkang terhadap sebarang tindakan dan keputusannya asalkan ia tidak mempunyai unsur serangan peribadi yang memecah-belahkan rakyat.
"Saya akan tingkatkan kerjasama dengan negeri-negeri cuma saya harap rakan-rakan negeri terutama pembangkang di peringkat Persekutuan juga akan dapat beri kerjasama dan laluan supaya kita dapat lakukan dengan cara baik," katanya.
Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan 100 Bakul Rahmah UMT (Universiti Malaysia Terengganu) kepada golongan miskin di Daerah Kuala Nerus.
Turut berlangsung, upacara penyerahan zakat daripada Maybank Bhd; Bank Rakyat; Etiqa Takaful Bhd; Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM); RHB Bank; AmBank Group Bhd; Perumahan Kinrara Bhd dan Takaful Malaysia Sdn Bhd berjumlah RM815,211 kepada Tabung Zakat Pelajar UMT.
Terdahulu Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata kunjungan Perdana Menteri ke Terengganu pada hari ini adalah gambaran komitmen dan semangat hubungan proaktif antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
Menurut beliau kunjungan ini secara langsung akan memperkukuh hubungan, seterusnya mewajarkan hasrat pembangunan wilayah yang seimbang di semua negeri.
"Konsep muafakat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri atas dasar kepentingan rakyat akan memberi harapan kepada mereka. Pemimpin adalah tempat rakyat mengadu dan bertanggungjawab membawa negara ke masa depan lebih baik," katanya.
Beliau berkata atas dasar menjaga hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, pemimpin juga perlu keluar daripada politik kuno dan dangkal yang tidak berkesudahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Berbuka Puasa Malaysia MADANI Perdana Menteri Bersama Rakyat Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu hari ini. - Bernama
UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi
Kerjasama yang diberi keutamaan ialah latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris bagi pelajar dan tenaga pengajar.
Perkembangan terkini Jelajah Microsoft Build: AI Day
Acara sehari secara percuma yang direka untuk membantu pembangun meneroka peluang baharu dengan kecerdasan buatan (AI) serta memajukan kemahiran mereka dengan AI dan Microsoft Azure.
[TERKINI] Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, yang juga dikenali dengan nama Bella, tiga tahun lalu.
Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim
Kerajaan menghargai semua golongan pekerja dan ia terbukti menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
Kerajaan juga perlu tangani jurang pencen veteran tentera - RAFOC
Kenaikan gaji kakitangan awam adalah langkah positif, tetapi penting juga bagi kerajaan untuk menangani jurang pencen yang dihadapi veteran.
Runtuhan di Tasik Kenyir: Kerajaan Persekutuan akan beri perhatian segera - PM
Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri harus bersama-sama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah rakyat.
Ekskavator tertimbus tanah runtuh di Taman Bukit Permai
Kejadian terbaharu itu dipercayai berpunca akibat hujan lebat pada petang Jumaat yang bermula jam 5.30 petang hingga 12 malam.
Lelaki maut tertimbus ketika melombong emas
Siasatan awal mendapati berlaku runtuhan tanah ketika mangsa berada di dalam lubang untuk kerja-kerja melombong emas.
47 runtuhan tanah dikesan di Gunung Jerai
Sejumlah 47 runtuhan tanah dikesan di beberapa lokasi di lereng dan puncak Gunung Jerai oleh Pasukan 'Task Force' Bencana Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam tempoh seminggu.
Mangsa korban Badai Seroja di Indonesia meningkat kepada 84 orang
Jumlah kematian dikhuatiri terus meningkat berikutan masih ramai mangsa dilaporakan hilang dan dipercayai masih tertimbus.
Pemandu jentolak maut ditimbus tanah
Seorang pemandu jentolak maut akibat tertimbus dalam runtuhan tanah sewaktu melakukan kerja mengorek dan meratakan lereng bukit berdekatan Kampung Ulu Tawar, dekat Baling pada Jumaat.
Hujan lebat punca tanah runtuh belakang apartment di Rawang
Hasil pemerhatian runtuhan melibatkan kawasan lereng belakang apartment berkeluasan 20x30 kaki persegi dengan ketinggian lereng kira-kira 150 meter.