awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan jejambat: DOSH arah pemaju henti kerja

Bernama
Bernama
30/11/2016
12:54 MYT
Runtuhan jejambat: DOSH arah pemaju henti kerja
arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung kejadian yang menyebabkan seorang pekerja maut manakala lima lagi cedera. - Foto JBPM
Pemaju projek pembinaan jejambat pejalan kaki berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, di sini diarah menghentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden runtuhan struktur berkenaan, hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Mohtar Musri berkata arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung kejadian yang menyebabkan seorang pekerja maut manakala lima lagi cedera.
"Pihak DOSH telah berada di tempat kejadian dan memberi arahan henti kerja sementara siasatan dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Mohtar berkata siasatan awal mendapati jejambat itu sedang dibina bagi menghubungkan KL Eco City dengan pusat beli-belah Mid Valley.
"Siasatan lanjut perlu dilakukan bagi memastikan sama ada insiden berlaku akibat kecuaian atau penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti," katanya.
Beliau berkata tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda sebanyak RM30,000 sekiranya didapati cuai.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, seorang pekerja kontrak warga Vietnam berusia 21 tahun terbunuh manakala lima lagi pekerja kontrak warga asing cedera. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Kampung Abdullah Hukum
#KL Eco City
#konkrit runtuh
#PGOKL
#SP Setia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan