awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan kuari: Bangkai jengkaut kedua ditemukan

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
20/09/2022
13:29 MYT
Runtuhan kuari: Bangkai jengkaut kedua ditemukan
Bangkai jengkaut kedua itu ditemui kira-kira jam 5.02 petang tadi. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH: Pasukan penyelamat hari ini menemui sebuah lagi bangkai jengkaut dalam operasi mencari mangsa terakhir yang terlibat dalam insiden runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highands di sini, Mac lalu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, bangkai jengkaut kedua itu ditemui kira-kira jam 5.02 petang tadi.
“Unit anjing pengesan (K9) telah digerakkan ke lokasi sejurus selepas bangkai jengkaut itu berjaya ditemukan.
“Walau bagaimanapun, mangsa terakhir itu belum ditemui. Kedudukan tubuh mangsa belum diperoleh dengan tepat kerana terdapat timbunan bongkah batu besar di atas bangkai jengkaut itu,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Katanya lagi operasi tersebut terpaksa ditangguhkan pada jam 7 malam dan akan bersambung semula pada 8 pagi esok.
Pagi tadi, selepas enam bulan insiden runtuhan batu di tapak kuari itu berlaku, pengusaha kuari menemui satu daripada dua bangkai jengkaut yang tertimbus sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Pasukan penyelamat kemudian menemui cebisan rangka dan tulang dipercayai manusia dan pakaian.
Muhamad Shahrizal Aris dilapor berkata pihaknya telah menerima maklumat berkenaan pada jam 10.20 pagi sebelum 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai serta Operasi JBPM Perak dikerahkan ke lokasi.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata cebisan tulang dan rangka manusia yang ditemukan itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Katanya ia bagi membolehkan proses bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan untuk pengesahan identiti mangsa.
Kejadian runtuhan batu di tapak kuari pada jam 9.15 pagi 8 Mac lalu mengakibatkan dua mangsa tertimbus iaitu Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.
Topic Berkaitan
#runtuhan kuari
#Ipoh
#simpang pulai
#Mangsa terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan