awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan kuari: Berlaku runtuhan kecil, kerja pengalihan batu dihenti sementara

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2022
04:59 MYT
Runtuhan kuari: Berlaku runtuhan kecil, kerja pengalihan batu dihenti sementara
Operasi mencari dan menyelamat dua pekerja yang dikhuatiri tertimbus diteruskan di lokasi runtuhan kuari Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - Gambar fail
IPOH: Kerja-kerja pengalihan bongkah batu bagi mengenal pasti kedudukan tepat dua mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, sejak Selasa, dihentikan sementara pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, ia susulan berlaku runtuhan kecil di sekitar lokasi kira-kira jam 10.35 pagi tadi.
“Pasukan penyelamat masih dalam skop kerja-kerja pemerhatian dan keselamatan bagi kerja-kerja pengalihan bongkah batu oleh syarikat luar.
“Jarak laluan untuk ke lokasi sebenar mangsa (dipercayai) tertimbus ialah kira-kira 20 meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, operasi yang bermula sejak 8.30 pagi ini membabitkan anggota pasukan keselamatan daripada bomba, polis, Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
Mereka turut dibantu pegawai Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta pekerja kuari dalam operasi yang memasuki hari ketujuh hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi Selasa lalu, dua pekerja berjaya menyelamatkan diri manakala dua masih hilang, dikhuatiri tertimbus.
BACA: Runtuhan kuari: Penyelamat letup batu besar cari 2 mangsa tertimbus
Sabtu lalu, Timbalan Komander Operasi Jabatan Bomba dan Malaysia (JBPM) Perak Aidil Adlee Che Mee dilaporkan berkata, kerja-kerja pengalihan bongkah batu besar di lokasi dijangka selesai kira-kira 70 peratus.
Bagaimanapun, katanya, proses pengalihan bongkah-bongkah batu seberat lebih 200 tan itu bergantung kepada faktor cuaca dan pergerakan tanah.
Aidil Adlee dilaporkan berkata, kaedah letupan dengan penilaian taktikal operasi pasukan penyelamat terpaksa digunakan bagi memecahkan bongkah batu itu kepada saiz yang lebih kecil.
Mangsa yang tertimbus dikenali sebagai Kheow Loo Siew Soon, 49 tahun, dan Itam Lasoh, 43 tahun.
Dua lagi mangsa, Mohd Razli Suhaimi, 35 tahun, mengalami patah tulang kaki dan Pan Bah Tam, 38 tahun, hanya cedera ringan.
Topic Berkaitan
#runtuhan kuari
#simpang pulai
#pengalihan bongkah batu
#mangsa tertimbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan