Kehadiran Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra bersama isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, petang Selasa, mengujakan pesakit dan kakitangan hospital berkenaan.
Seorang pesakit yang sedang menerima rawatan, Nur Amira Lyana Abdul Hamid, 28, berkata, sebaik didekati pasangan diraja itu, dia terus memuji kejelitaan Cik Puan Sofie.
"Ketika Cik Puan Sofie tiba di katil saya, secara spontan mulut berkata 'You are very beautiful', kerana terpegun dengan kejelitaannya yang dapat saya lihat depan mata.
"Saya memberitahu Tengku Mahkota bahawa sebelum ini hanya melihat isteri baginda menerusi televisyen dan surat khabar sahaja, rupa-rupanya Cik Puan memang jelita orangnya," katanya ketika ditemui di Wad Puteri di sini.
Tengku Mahkota dan isteri meluangkan masa lebih satu jam melawat 67 pesakit di Wad Puteri dan Anggerik sambil mengurniakan zakat dan sumbangan peribadi kepada pesakit.
Ziarah baginda berdua disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zaini Hussin dan Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali.
Turut hadir, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, yang juga Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Timbalan MAIK serta timbalannya, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi.
Sementara itu, Nik Mohd Azlan berkata baginda Tengku Mahkota mengurniakan sumbangan zakat MAIK berjumlah RM30,000 kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan HRPZ II dan sumbangan peribadi baginda kepada 67 pesakit sebanyak RM300 setiap orang.
"Tengku Mahkota sememangnya seorang yang berjiwa rakyat dan sangat kasihkan kanak-kanak malah selalu mengambil berat kesusahan rakyat negeri ini.
"Sekiranya ada terdengar mengenai kesusahan hidup yang dialami rakyat, baginda akan turun padang menziarah dan menyampaikan sendiri sumbangan," katanya.
Vivi Sumanti
Tue May 28 2019
Tengku Mahkota dan isteri meluangkan masa lebih satu jam melawat 67 pesakit di Wad Puteri dan Anggerik sambil mengurniakan zakat dan sumbangan peribadi kepada pesakit. - Foto Astro AWANI
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bazzi, BTS bakal jalinkan kolaborasi?
Bazzi meluahkan minatnya untuk berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkemuka tersebut dalam temu bual eksklusif dalam segmen AWANI Xtra.
Mariah Carey tunda pelancaran album
Bekas juri American Idol itu mahu pemilihan lagu dalam album 'The Art of Letting Go' benar-benar baik sebelum melancarkannya.