awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan di Jenjarom: Polis tahan enam lelaki, kesan suspek lain

Sinar Harian
Sinar Harian
20/12/2024
09:00 MYT
Rusuhan di Jenjarom: Polis tahan enam lelaki, kesan suspek lain
PDRM) menahan enam lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan di Jenjarom, di sini pada Khamis. -Sinar Harian
BANTING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan di Jenjarom pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan di Jenjarom. Mereka ditahan pada Jumaat dan direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.
  • Kejadian ini dilaporkan oleh seorang doktor di Hospital Banting yang menerima pesakit lelaki dengan kecederaan serius di kepala. Polis sedang giat mengesan suspek lain yang terlibat.
  • Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi dan diminta tampil dengan maklumat yang boleh membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang doktor di Hospital Banting pada jam 10.50 malam, Khamis.
Doktor tersebut melaporkan menerima seorang pesakit lelaki warga tempatan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan berada di Zon Merah, Hospital Banting.
Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat bersama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menahan enam lelaki warga tempatan pada Jumaat, jam 2.30 pagi.
Mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 53 tahun. Semua yang ditahan direman selama tiga hari sehingga Ahad bagi tujuan siasatan lanjut dan pihak polis sedang giat mengesan suspek lain yang terlibat.
Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rusuhan di Jenjarom
#Seksyen 148 Kanun Keseksaan
#PDRM
#Hospital Banting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan