Seorang bekas Ketua Hakim Negara berkata sebarang cadangan atau pindaan akta berkaitan agama Islam termasuk Rang Undang-undang (RUU) Persendirian perlu dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.
Ini termasuk rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), kata Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau berkata sebagai ketua agama Islam, Raja-Raja Melayu mempunyai peranan tersendiri dalam menentukan sesuatu perkara berkaitan agama Islam sebelum ia diguna pakai ke atas pihak yang disasarkan.
"Saya amati perdebatan, kemusykilan mengenai mengapa RUU 355 tidak dipersembahkan kepada raja-raja sebelum ia dibentangkan di Parlimen ada lojiknya.
"Hal ini boleh diperhujahkan kerana jelas tercatat dalam Perlembagaan Negara yang mewajibkan rujukan (mengenai agama Islam) dibuat kepada Majlis Raja-Raja yang juga ketua agama Islam dan hal yang termaktub itu mesti kita hormati," katanya.
Beliau menegaskan demikian dalam sesi soal-jawab mengenai syarahan bertajuk "Islam as the Law of the Land" (Islam sebagai Undang-Undang Tanah Air), di sini pada Sabtu.
Ahmad Fairuz, Ketua Hakim Negara dari 2003 hingga 2007, berkata peranan Majlis Raja-Raja sebagai ketua agama Islam tidak seharusnya dipinggirkan.
"Mahkamah Syariah wujud kerana Islam. Justeru itu, apa-apa yang berkaitan dengan Islam perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Raja-Raja dan mendapat persetujuan mereka sebelum dibentangkan di Parlimen.
"Mereka (Majlis Raja-Raja) mempunyai peranan masing-masing. Jika tidak kerana mereka, kita tidak akan merdeka," katanya.
Menjawab persoalan mengapa orang bukan Islam menentang RUU 355 walaupun akta itu tidak langsung melibatkan mereka, Ahmad Fairuz berkata, beliau tidak nampak sebab yang kukuh untuk orang bukan Islam menentangnya.
"Sememangnya RUU 355 tidak melibatkan langsung orang bukan Islam. Apa yang mereka perlu risau?," tanyanya.
Mengulas mengenai keperluan melakukan pindaan terhadap akta berkenaan, Ahmad Fairuz berpendapat kes jenayah di bawah akta berkenaan semakin berleluasa.
"Peningkatan hukuman ini diharapkan dapat mengurangkan kesalahan yang dilakukan oleh orang beragama Islam kerana hukuman sedia ada tidak mencukupi bagi memberi kesedaran dan rasa takut kepada mereka," jelasnya.
Cadangan meminda RUU 355 itu buat kali pertama dibawa ke Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan usul itu sekali lagi dibaca Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 24 Nov tahun lepas.
Ia bertujuan meminda Seksyen 2 akta berkenaan untuk menggantikan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi RM5,000 atau sebatan melebihi enam kali' dengan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi 30 tahun atau denda melebihi RM100,000 atau sebatan 100 kali sebagaimana ditadbir selaras dengan Tatacara Jenayah Syariah'.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2017
Cadangan meminda RUU 355 itu buat kali pertama dibawa ke Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan usul itu sekali lagi dibaca Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 24 Nov tahun lepas.
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
'Terdapat ramalan tahun ini paling panas selepas 1998' - Nik Nazmi
Cuaca panas susulan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai depan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Keputusan laporan interim nahas helikopter TLDM minggu depan
Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas dijangka siap minggu depan.
Kerajaan Joe Biden digesa bertindak segera
57 anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Parti Demokrat menandatangani surat bagi menggesa kerajaan pimpinan Joe Biden menghentikan serangan Israel di Rafah.
Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam
Jakim telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam.
PM yakin kenaikan gaji lulus bergaya di Parlimen
Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai 'haprak' dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.
PM arah agensi MCBA jalan tugas serta-merta
Perdana Menteri berkata, semua jabatan dan kementerian berkaitan perlu meletakkan pegawai masing-masing walaupun rang undang-undang (RUU) berkaitan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai depan.
Papagomo mengaku tidak bersalah, hasut kebencian Agong
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Ia atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ia atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Laporan interim nahas helikopter TLDM siap minggu depan
Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Luat Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumur, Perak yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lalu dijangka siap minggu depan.
RUU 355 perlu dipersembah kepada Majlis Raja-Raja - Bekas Ketua Hakim Negara
Seorang bekas Ketua Hakim Negara berkata sebarang cadangan,pindaan akta berkaitan agama Islam perlu dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.