awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
36 pusat mengundi PRK Kinabatangan, Lamag dibuka 7.30 pagi ini
Jojo lawan 'bidan terjun' di ONE Friday Fights 141
Putera Harry bidas Trump: “Pengorbanan tentera NATO di Afghanistan wajar dihormati”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Antilompat Parti dibentang pada sesi Parlimen bermula 28 Feb

Bernama
Bernama
20/01/2022
13:27 MYT
RUU Antilompat Parti dibentang pada sesi Parlimen bermula 28 Feb
Wan Junaidi berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) semalam. - Gambar fail/JAPEN
PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan dimuktamad dan dibentang pada sesi Parlimen yang bermula 28 Feb ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) semalam.
"Ini juga selaras dengan saranan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) untuk menyegerakan RUU ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Wan Junaidi memaklumkan RUU Antilompat Parti akan dibawa pada sesi Parlimen bulan Julai 2022 kerana penggubalan peruntukan itu memerlukan kajian terperinci dan sesi libat urus yang holistik.
Beliau berkata persetujuan yang dicapai merupakan komitmen kedua-dua pihak bagi memastikan pelbagai perkara yang dipersetujui dalam memorandum persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan PH pada 13 Sept 2021 dapat dilaksana.
Wan Junaidi juga berkata Jawatankuasa Teknikal berunsur bipartisan di bawah Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik yang dianggotai masing-masing empat wakil daripada kerajaan serta PH ditubuhkan bagi mendapat pandangan semua pihak.
"Jawatankuasa teknikal ini akan bertemu pada minggu hadapan untuk memperinci perkara dasar serta kerangka perundangan yang dicadangkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RUU anti lompat parti
#Rang Undang-Undang
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#sesi parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan