KUALA LUMPUR: Undang-undang Antilompat Parti perlu dilaksanakan dengan mencapai maksud iaitu bagi mengekang seseorang wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat namun menyertai parti lain sehingga mengubah mandat yang telah diberikan.
Jelas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad, bagaimanapun Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang mula dibentangkan pada Rabu juga perlu mengambil kira dan melihat keperluan tertentu sebelum ia dilaksanakan.
Jelasnya ia bagi memberikan keadilan kepada semua pihak jika ia dilaksanakan kelak.
“Pendirian Pejuang umpamanya iaitu kita tidak bersetuju dengan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat tiba-tiba meninggalkan partinya untuk mendapatkan satu tempat dalam parti yang lain. Dorongan mereka adalah jawatan dan gaji dan bukan khidmat untuk rakyat..itu kita tolak.
“Kalau ahli itu disingkir daripada parti, apakah itu akan menyebabkan dia hilang kerusi..tetapi bukan pilihan dia, tetapi parti dia buang dia..itu juga harus diambil kira,” katanya ketika menjawab soalan pada Majlis Persidangan Meja Bulat “Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu” di sini hari ini.
Tambahnya lagi perlaksanaan akta tersebut juga seharusnya menjurus kepada kekangan terhadap sebarang usaha bagi membolehkan seseorang wakil rakyat itu mengubah haluan sehingga kerajaan yang dipilih oleh rakyat itu jatuh sebaliknya membolehkan gabungan parti yang kalah pula memegang tampuk pemerintahan.
Katanya Ia sekali gus akan menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaan dan ia bukanlah sifat sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang sihat di negara ini.
BACA: RUU Akta Antilompat Parti: Tiada lagi katak politik?
BACA: Tun M sokong RUU Antilompat Parti, tapi perlu ada pengecualian tertentu
Dalam pada itu menyentuh mengenai hala tuju politik orang Melayu pula, bekas perdana menteri itu melihat bahawa orang Melayu ketika ini haruslah melihat keperluan untuk melakukan perubahan dalam memperbetulkan kelemahan diri sendiri jika mahu lebih berjaya.
Jelasnya, pendekatan itu lebih membuahkan kejayaan berbanding keperluan untuk mengawal bangsa lain daripada berusaha dan berjaya.
“Memperbetulkan diri kita lebih mudah daripada memperbetulkan orang lain, itu pendirian saya. Umpamanya kalau dikatakan orang Melayu kurang tekun, saya sendiri bertanyakan diri saya sama ada saya berusaha ataupun tidak.
“Jadi saya tak tahulah pendapat orang lain, tapi saya telah berusaha sedaya upaya sehingga ke umur yang lewat ini pun saya masih berterusan dengan usaha untuk memperbetulkan sesuatu yang menyebabkan kita menghadapi banyak masalah,” jelasnya ketika hadir pada Majlis Persidangan Meja Bulat “Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu” di sini hari ini.
Apa yang penting katanya lagi adalah bagaimana orang Melayu mampu mengenal pasti setiap kelemahan dan juga kesilapan dengan memperbetulkanya semula.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Jul 28 2022

Tun Mahathir berpendapat RUU Antilompat Parti yang mula dibentangkan pada Rabu juga perlu mengambil kira dan melihat keperluan tertentu sebelum ia dilaksanakan. - Gambar fail

WHO cadang masuk ubat obesiti sebagai ubatan penting
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ubat obesiti dimasukkan dalam senarai ubat-ubatan penting yang bakal digunakan sebagai panduan pembelian bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

PBB laksana undian bawa isu iklim ke mahkamah dunia
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses undian bagi menentukan keputusan untuk membawa isu perubahan iklim ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan kewajipan yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap negara dalam memerangi perubahan iklim.

Bazar Ramadan Rahmah: Ada peniaga dapat sambutan, ada juga yang berdepan kerugian
Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Presint 14, Putrajaya mendapat sambutan mengalakkan daripada pengunjung sejak dilancarkan beberapa hari lalu.Tinjauan Astro AWANI mendapati hampir 48 peratus daripada peniagaan di BRR Presint 14 memperkenalkan harga Menu Rahmah disamping menu dengan harga pasaran.

Bakhmut bakal 'dijual' sekiranya ditakluk Rusia - Zelenskyy
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy meluahkan kebimbangan sekiranya Rusia berjaya menakluk wilayah timurnya di Bakhmut. Kedua-dua negara itu pada ketika ini masih dalam pertempuran yang berlarutan di wilayah tersebut, dengan pasukan pertahanan kedua-dua negara tidak mahu menyerah kalah.

Azerbaijan cari 'dalang' serangan terhadap ahli politiknya
Khidmat keselamatan Azerbaijan berjanji akan menyiasat dan mencari dalang kepada kejadian tembakan yang mencederakan ahli politik negara itu.

Sektor pembuatan Rusia kekal lembap
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, sektor pembuatan negara itu masih lembap dan menjangkakan inflasi pada kadar peratus menjelang akhir bulan.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN
Keputusan Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

MMA tidak setuju mogok doktok kontrak
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathurai menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan cepat bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh doktor kontrak di negara ini. Beliau juga menasihatkan doktor kontrak untuk tidak melancarkan mogok kerana ia akan memberi kesan kepada penjagaan pesakit dan menambah beban rakan sekerja di fasiliti kesihatan awam yang sudah sesak.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat KM baharu
Politik Melaka bakal menyaksi pertukaran kepimpinan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rakyat Melaka tunggu urus tadbir lebih baik
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan penduduk Melaka.

RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M

Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.

DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.

Perak bentang RUU larang ADUN lompat parti
Usul RUU tersebut dikemukakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad untuk bacaan kali pertama dan kedua yang kemudiannya disokong oleh Azman Noh (Pengkalan Baharu-BN).

RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.

DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.

RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.

RUU antilompat parti dipersembah kepada Agong dalam masa terdekat
Rang Undang-undang Perlembagaan antilompat parti dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat bagi mendapat perkenan.

RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.

RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.