awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Antilompat Parti: Sidang Khas Dewan Negara esok dibatalkan

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2022
08:44 MYT
RUU Antilompat Parti: Sidang Khas Dewan Negara esok dibatalkan
RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi bacaan kali pertama.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Dewan Negara bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (no. 3) 2022 yang dijadual pada 12 April dibatalkan.
Pejabat Setiausaha Dewan Negara dalam satu pekeliling berkata satu pemakluman berhubung pembatalan persidangan khas itu telah dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis.
Jelas kenyataan itu lagi, pembatalan dibuat berikutan RUU tersebut telah diputuskan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini untuk dikaji dan diteliti semula melalui sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.
Terdahulu, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang senada untuk merujuk terlebih dahulu pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti ke Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum dibentangkan ke Mesyuarat Khas Parlimen akan datang.
RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi bacaan kali pertama.
Jelas beliau, bagi bacaan kedua dan ketiga ia akan dibentangkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#RUU Lompat Parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan