KUALA LUMPUR: Jika satu undang-undang yang digubal tidak konsisten dengan peruntukan Perlembagaan, ia boleh dicabar di mahkamah dan boleh terbatal.
Peguam, Datuk Salehuddin Saidin berkata, ia mungkin menjadi punca mengapa kerajaan membuat keputusan untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Isnin ini, sebaliknya membentangkan pindaan Perlembagaan berkaitan RUU tersebut.
"Artikel 10 Perlembagaan menyebut mana-mana rakyat dibenarkan dan ada hak untuk berpersatuan atau memilih persatuan yang mereka nak sertai.
"Jadi apabila ada peruntukan ini bermakna, andai kata ada satu undang-undang yang digubal di Parlimen, menyekat seseorang itu keluar parti dan masuk parti lain, ia bercanggah dengan peruntukan di bawah perlembagaan.
"Disebabkan itu saya rasa kerajaan ambil pendekatan untuk pinda dulu akta itu dalam perlembagaan bagi membenarkan sekatan terhadap seseorang yang berpersatuan," katanya ketika muncul dalam program Agenda AWANI, pada Jumaat.
Dalam masa yang sama, Salehuddin berpendapat, jika kerajaan sudah mempunyai sebuah pasukan khas bagi membuat pertimbangan dan penilaian dalam semua aspek berkaitan RUU tersebut, ia boleh terus dibentangkan dan menyerahkan kepada kebijaksanaan ahli parlimen untuk dibahas dan diputuskan.
"Apa yang penting sekarang adalah definisi lompat, itu kita kena jelas. Sebagai contoh, bagaimana kedudukan wakil rakyat yang pada asal tidak mempunyai parti, bergerak bebas wakili rakyat, kemudian dia masuk mana-mana parti, tidak kiralah kerajaan atau pembangkang, adakah itu kira lompat parti juga?
"Untuk mengelak keraguan dan masalah apabila undang-undang sudah dikuatkuasakan, hal ini perlu dipastikan, semua ruang diberi definisi jelas dan untuk itu kena ada satu kumpulan yang memikirkan dari pelbagai aspek.
"Kalau interpretasi yang begini, bagaimana undang-undang boleh kawal dan bagaimana ia boleh dijawab.
"Kalau dibentangkan di Parlimen sekarang pun, ramai yang sama-sama boleh mengupas dan berbahas, memberi cadangan apa yang terbaik, tidak semestinya kena tunggu semua 'in order' kerana ramai bijak pandai di Parlimen boleh mengupas dan mencadangkan peruntukan yang lebih baik.
"Itulah tujuan sidang parlimen, supaya satu perkara itu boleh dibahas dan dibincangkan serta cari jalan terbaik," jelasnya lagi.
BACA: RUU Antilompat Parti tidak dibentang pada Isnin - Laporan
Media sebelum ini melaporkan, pembentangan pindaan Perlembagaan berhubung RUU Antilompat Parti akan dilakukan pada Isnin bagi memastikan apabila RUU tersebut dibentangkan, ia tidak akan melanggar Perlembagaan.
Madiha Abdullah
Fri Apr 08 2022
Kerajaan membuat keputusan untuk tidak membentangkan RUU Antilompat Parti pada Isnin ini, sebaliknya membentangkan pindaan Perlembagaan berkaitan RUU tersebut. - Foto BERNAMA
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
Mana-mana wakil rakyat UMNO tinggalkan parti, akan dituntut RM100 juta
Tuntutan itu merupakan tindakan undang-undang yang ditetapkan sekiranya ada mana-mana wakil rakyat yang cuba melakukan perbuatan sedemikian.
Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan
Tiada keperluan ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan terhadap pembangkang meskipun mereka mempunyai alasan politik tersendiri.
6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka dijadualkan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.
'Siapa berani lompat, silakan' - Sanusi
Muhammad Sanusi mencabar mana-mana wakil rakyat pembangkang yang berhasrat untuk beralih arah dan berada sebaris dengan kepimpinan blok kerajaan.
'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Dr Akmal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.
Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.