awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Stadium di langit' jadi venue Piala Dunia 2034.. Apa yang kita tahu mengenainya?

Asyraf Malik
Asyraf Malik
29/10/2025
12:15 MYT
'Stadium di langit' jadi venue Piala Dunia 2034.. Apa yang kita tahu mengenainya?
Stadium NEOM di barat laut Arab Saudi berada pada ketinggian 350 meter, ia dijangka siap menjelang tahun 2032 dengan kapisiti 46,000 tempat duduk. - X: @NEOM
ARA SAUDI sekali lagi mengejutkan dunia apabila memperkenalkan arena bola sepak di 'langit' pertama di dunia iaitu Stadium NEOM, yang bakal menjadi venue Piala Dunia 2034.
Gelanggang berkapasiti 46,000 tempat duduk itu akan dibina pada ketinggian 350 meter di bandar pintar The Line, sekitar barat laut Arab Saudi.
Pengumuman di laman media sosial rasmi NEOM itu segera mencuri perhatian global. Lengkap dengan ilustrasi dipercayai hasil janaan kecerdasan buatan (AI), ia dikhabarkan sebagai salah satu sasaran projek pembangunan mega dalam visi Arab Saudi 2030.
Tinggi kedudukan Stadium NEOM diperkirakan melebihi paras Menara Eiffel di Paris, Perancis yang terletak pada 330 meter.
Pembinaan dijangka bermula pada 2027 dan siap menjelang 2032, sedia untuk digunakan dua tahun sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.
Projek bernilai AS$1 bilion atau RM4.2 bilion itu dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga boleh baharu daripada sumber solar dan angin.
Difahamkan pembinaan akan menggunakan bahan lestari serta dilengkapi sistem penyejukan moden, pencahayaan canggih dan pengalaman digital interaktif untuk peminat bola sepak.
Stadium futuristik itu dijadual menjadi venue perlawanan peringkat kumpulan hingga suku akhir Piala Dunia 2034.
FIFA turut memberikan pengiktirafan awal terhadap projek itu, ia dilihat mampu menetapkan penanda aras baharu bagi infrastruktur sukan mampan di peringkat global, satu pencapaian kejuruteraan luar biasa.
Selepas tamat Piala Dunia 2034, stadium itu dirancang untuk menjadi gelanggang rasmi kelab bola sepak profesional di wilayah NEOM serta digunakan untuk konsert, acara budaya dan sukan lain.
Melewati ke ruangan komen di platform media sosial, warga maya menzahirkan kesangsian terhadap banyak aspek. Antara yang dipertikaikan adalah tentang aspek logistik, iaitu kapasiti penggunaan lif atau eskalator pada hari perlawanan, apabila ribuan penyokong akan berpusu-pusu hendak memenuhi stadium itu serentak.
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2034
#Stadium NEOM
#Arab Saudi
#sukan bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan