awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU IPCMC: Beri kami lagi masa dan ruang bincang isu dibangkitkan - KPN

Bernama
Bernama
28/11/2019
20:49 MYT
RUU IPCMC: Beri kami lagi masa dan ruang bincang isu dibangkitkan - KPN
ABDUL HAMID: Beri kami lagi masa dan ruang untuk libat urus dan berbincang mengenai isu yang dibangkitkan. -Foto Bernam
"Beri kami lagi masa dan ruang untuk libat urus dan berbincang mengenai isu yang dibangkitkan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau yang mengetuai 130,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata terdapat beberapa isu dibangkitkan dalam cadangan RUU itu tidak diberi perhatian yang 'adil'.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan agar tidak terburu-buru membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen boleh melibat urus pemegang kepentingan dan mendengar pandangan yang dibangkitkan PDRM.
"Pada awalnya, saya mengalu-alukan IPCMC kerana saya percaya RUU itu bagus untuk negara kerana ia memberikan pendekatan menyeluruh dalam memantau PDRM tetapi akhir-akhir ini saya dapat lihat usaha untuk menyegerakan RUU itu di parlimen dengan banyak kekaburan dibangkitkan sendiri PDRM, adalah tidak bagus.
Berikanlah masa untuk RUU itu diperhalusi dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan. Maka, akan ada undang-undang yang baik, adil untuk semua -- kerajaan, rakyat dan PDRM apabila ia diluluskan parlimen," katanya kepada Bernama di luar Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN +3 berkaitan Jenayah Rentas Negara (AMMTC) ke-13, di sini pada Khamis.
RUU IPCMC 2019 dijangka dibentang di Dewan Rakyat minggu depan. Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata cadangan penambahbaikan RUU itu dikemukakan kepada semua Ahli Parlimen.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan Menimbang Rang Undang-Undang mengesyorkan 36 perubahan kepada RUU IPCMC.
Bagaimanapun, beberapa pihak termasuk Persatuan Pegawai Kanan Polis menggesa kerajaan supaya menangguhkan rancangan untuk membentangkan RUU itu minggu hadapan kerana pandangan mereka tidak diambil kira dan tiada perubahan dibuat.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata beliau telah menulis surat kepada Jawankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum ini untuk membangkitkan kebimbangannya ke atas cadangan RUU itu.
Beliau berkata kebimbangan yang dibangkitkan itu adalah "amat munasabah".
"Kesemua pandangan disenaraikan di dalam surat itu...ia tidak bermakna mereka perlu menerima semuanya tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh memberi penjelasan kepada kami. Saya berharap mereka dapat memberikan penjelasan yang baik mengapa pandangan tertentu diterima dan mengapa yang lain tidak.
"Saya tidak mahu sesuatu undang-undang yang diluluskan menjadi perkara dibahaskan di mahkamah kemudian. Itu membimbangkan saya. Saya tidak mahu RUU itu umpama rumah siap pahat berbunyi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IPCMC
#Ketua Polis Negara
#Rang Undang-Undang
#RUU
#Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis
#Tan Sri Abdul Hamid Bador
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan