PUTRAJAYA: Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) atau individu lahir 1 Jan 2007 dan seterusnya bebas merokok, tidak akan menjejaskan ekonomi negara.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan pihaknya, industri tembakau hanya memberi kesan sebanyak 0.18 peratus sahaja terhadap keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Katanya kehilangan produktiviti negara akibat rokok adalah lebih tinggi berbanding kesan kepada ekonomi, jika dilihat dari segi keilatan.
"Bermakna mereka yang terlibat dalam industri rokok adalah kecil. Jumlah pasaran rokok akan semakin mengecil secara berperingkat iaitu bermula yang lahir 2007, 2008, 2009 dan seterusnya...ia akan ambil masa lama sebelum pasaran itu sangat kecil (mungkin) ia akan ambil masa 20 hingga 30 tahun.
"Kalau sekarang sudah 18 tahun ke atas, boleh hisap rokok (sebelum RUU itu dikuatkuasakan). Ia tak akan sebabkan kesan secara terus kepada ekonomi kerana ia dikuatkuasakan secara berperingkat, setiap tahun bertambah (individu) tidak boleh merokok tetapi yang sedia merokok akan kekal beli produk rokok," katanya dalam temu bual khas dengan media mengenai RUU itu di sini.
BACA: RUU: Larangan rokok, peranti dijual kepada individu lahir 2007 ke atas
Rabu lepas, beliau membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, yang memperuntukkan larangan kepada individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi menerusi pertemuan sebelum ini untuk menubuhkan satu jawatankuasa bebas yang akan menyemak semula RUU itu.
"Jawatankuasa itu minta supaya ada tempoh penilaian mandatori, itu saya kata saya tak buat dalam akta tetapi saya bagi jaminan kami buat jawatankuasa bebas yang akan semak undang-undang ini dan akan bentang laporan tentang keberkesanan undang-undang ini sebelum GEG dikuatkuasakan pada 2025.
"Saya beri jaminan jawatankuasa ini ditubuhkan dan dilaporkan kepada Parlimen dan bukannya KKM. Selain itu, 10 tahun selepas GEG dilaksanakan, jawatankuasa ini akan buat semakan sekali lagi kalau perlu dipinda akta dan sebagainya," katanya.
Khairy dijadual membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Isnin ini manakala sesi perbahasan serta penggulungan bagi RUU berkenaan pada hari berikutnya.
Menurut RUU itu, individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.
Selain itu, individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang membeli produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau atau peranti merokok juga berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.
Mengenai kaedah penjualan semua jenis produk rokok, Khairy berkata KKM akan mengadakan libat urus dengan golongan peniaga runcit bagi membincangkan mekanisme terbaik mengenai perkara itu.
"Ada beberapa mekanisme dipertimbangkan KKM seperti kod QR, bacaan kad pengenalan untuk ada aplikasi membeli produk rokok...sesuatu yang mudah dan tidak menyusahkan penjual dan pembeli. Bagi kawasan yang tiada capaian internet, mungkin peniaga perlu tengok kad pengenalan pembeli," katanya.
Bagi penjualan produk rokok serta vape secara dalam talian pula, beliau berkata ia tidak dibenarkan sekiranya RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 berkuat kuasa namun pihaknya akan terus menjalankan pemantauan.
"Dengan adanya RUU ini memang tidak boleh jual secara dalam talian, vape ataupun rokok. Jadi dengan RUU ini memang lebih mudah untuk kita cepat ambil tindakan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan sebagainya kerana ia menjadi satu kesalahan...kita boleh sekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022
Khairy dijadual membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Isnin ini. - Gambar/ Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
RUU kawal produk tembakau tidak jejaskan ekonomi negara
Industri tembakau hanya memberi kesan sebanyak 0.18 peratus sahaja terhadap keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
RUU: Larangan rokok, peranti dijual kepada individu lahir 2007 ke atas
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.