KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang antara lain memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau peranti merokok dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut rang undang-undang itu, individu berkenaan yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000, jika disabitkan kesalahan.
Individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang membeli produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau atau peranti merokok juga berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.
Rang undang-undang itu turut mencadangkan larangan penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan kepada individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya serta larangan produk-produk itu diberikan sebagai pemberian atau hadiah.
Menurut rang undang-undang itu, pihak yang didapati bersalah menjual apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok kepada individu yang lahir sebelum 1 Jan 2007 dan masih belum mencapai 18 tahun pada tarikh akta tersebut berkuat kuasa boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Individu yang lahir sebelum 1 Jan 2007 yang masih belum mencapai 18 tahun pada tarikh akta itu berkuat kuasa tidak boleh membeli, merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000.
Mengenai kawalan penjualan produk berkenaan, rang undang-undang itu memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya terhadap individu yang menjual atau mempamer produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok kepada mereka yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.
Individu didapati melakukan kesalahan kali kedua dan berikutnya kerana menjual serta mempamer produk tembakau kepada individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya dicadang didenda tidak lebih RM30,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Bagi pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan itu untuk kali pertama, dicadang dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya, pertubuhan perbadanan, boleh didenda RM50,000 dan tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Bagi tujuan penguatkuasaan, pegawai yang dilantik dan diberi kuasa dibenarkan membuka bagasi, bungkusan, atau bekas lain dan memeriksa produk-produk tembakau, bahan merokok, peranti merokok atau peranti merokok tiruan dan sebagainya yang terkandung di dalamnya.
Selain itu, pegawai tersebut diberi kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita apa-apa pengangkut sekiranya pegawai itu mempunyai sebab munasabah untuk mengesyaki suatu kesalahan di bawah peruntukan rang undang-undang berkenaan sedang atau telah dilakukan.
Menurut rang undang-undang itu, seseorang pegawai yang dilantik boleh menggeledah dan menyita tanpa waran sekiranya mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa penangguhan dalam mendapatkan waran geledah akan menjejaskan penyiasatan.
Rang undang-undang itu dibentang oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang menyatakan bacaan kali kedua akan dibentang pada persidangan sama.
Turut dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2022 sebagai kesinambungan bagi pembentangan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
RUU itu dibentang oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang menyatakan bacaan kali kedua akan dibentang pada persidangan sama. - Gambar/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
RUU kawal produk tembakau tidak jejaskan ekonomi negara
Industri tembakau hanya memberi kesan sebanyak 0.18 peratus sahaja terhadap keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
RUU: Larangan rokok, peranti dijual kepada individu lahir 2007 ke atas
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.