PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RRU) baharu yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya menyasarkan RUU baharu itu akan dibentangkan dengan segera pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke-15 yang dijangka bersidang pada Mei depan.
"RUU baharu tersebut adalah bagi memastikan terdapat kawalan menyeluruh terhadap sediaan nikotin atau gel mengandungi nikotin di dalam cecair rokok elektronik atau vape," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut memaklumkan sudah menjalankan sesi libat urus berhubung dasar ditetapkan di bawah RUU baharu itu termasuk peruntukan Generasi Penamat Rokok (Generational Endgame (GEG)) kepada semua pihak berkepentingan seperti ahli Parlimen, badan bukan kerajaan, badan profesional dan pihak lain yang berkaitan.
"KKM sangat prihatin atas kebimbangan, reaksi dan maklum balas diterima di media massa susulan daripada pengecualian sediaan cecair atau gel mengandungi nikotin untuk tujuan merokok menggunakan rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik daripada Senarai Racun di dalam Jadual Pertama, Akta Racun 1952 (Akta 366)," katanya.
Dr Zaliha berkata pengecualian itu selaras dengan keputusan pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.
Lanjutan pengecualian itu, sediaan cecair atau gel mengandungi nikotin untuk tujuan merokok menggunakan rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik kini adalah suatu barangan berduti eksais dan dikawal di bawah Akta Eksais 1976 [Akta 176].
Akta Eksais 1976 memperuntukkan kawalan antaranya dengan melesenkan aktiviti pengilangan dan penggudangan yang melibatkan sediaan ini.
Mana-mana orang yang mengilang barangan berduti eksais tanpa lesen boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sementara itu, beliau berkata KKM akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR).
Ia dengan meneruskan pelaksanaan program pencegahan merokok dan intervensi berhenti merokok di sekolah dan institusi pengajian tinggi melalui kerjasama bersama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Yayasan Sukarelawan Siswazah, Majlis Belia Malaysia dan badan bukan kerajaan berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya menyasarkan RUU baharu itu akan dibentangkan dengan segera pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke-15 yang dijangka bersidang pada Mei depan. -Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Lebih 10,000 unit Residensi Madani, Wilayah akan dibangunkan di Putrajaya
Lebih 10,000 unit Residensi Madani dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2027.
Kerajaan tak cadang angkat Kampung Baru sebagai tapak warisan UNESCO
Pengiktirafan UNESCO akan menyebabkan sebarang cadangan pembangunan Kampung Baru tidak dapat diteruskan.
Sumbangan sempena Ramadan di KL hanya boleh disalur di tiga lokasi - Dr Zaliha
NGO dan orang perseorangan di ibu negara disaran menyalurkan sumbangan atau makanan sempena Ramadan di tiga lokasi yang ditetapkan DBKL.
Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha
JWP menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada Sabtu.
Jabatan Wilayah Persekutuan perkenal inisiatif lonjak potensi ekonomi
Jabatan Wilayah Persekutuan memperkenalkan dua insiatif antaranya meningkatkan siling dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
JWP peruntuk RM520,000 untuk projek komuniti, hakisan pantai di Labuan
RM200,000 diperuntuk bagi membina dinding penahan bagi menyelesaikan isu hakisan pantai dekat gerai makanan di Kampung Tanjung Aru Nelayan.
Pembangunan pesat Wilayah Persekutuan seiring sosioekonomi penduduk
Kerajaan akan memastikan pembangunan sosial dan ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan sentiasa seiring dengan pembangunan pesat di wilayah berkenaan.
Kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan dijangka minggu ini - Dr Zaliha
Kita tunggu kenyataan Lembaga Pengampunan, insya-Allah minggu ini kita harapkan, kata Dr Zaliha.
Isu penduduk Kg Setia Jaya, kerajaan masih tunggu cadangan boleh laksana kolej TAR
Dr Zaliha berkata pihaknya masih menunggu cadangan yang boleh dilaksanakan daripada kolej TAR berkenaan penempatan penduduk Kampung Setia Jaya.
Labuan lancar kempen kibar bendera sambut Hari Wilayah Persekutuan 2024
Labuan memulakan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 dengan pelancaran Kempen Mengibarkan Bendera Wilayah Persekutuan hari ini.