MALAYSIA
RUU Kebebasan Maklumat dibentang di Parlimen tahun depan - PM Anwar

Penggubalan RUU Kebebasan Maklumat dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN), semalam. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2025 untuk meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam dan memastikan hak individu mengakses maklumat terjamin.
- Penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara untuk memperbaiki imej dan persepsi negara mengenai tatakelola baik sektor awam di peringkat antarabangsa.
- Komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan agenda tatakelola baik, meningkatkan integriti, dan memerangi rasuah selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
Anwar berkata mesyuarat itu turut mengambil maklum tentang penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara.
Beliau berkata langkah itu diambil untuk menambah baik imej dan persepsi negara berhubung tatakelola baik sektor awam di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pelabur asing.
"Kerajaan bertekad untuk terus memperkukuhkan agenda tatakelola baik negara, meningkatkan integriti, dan memerangi rasuah, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani," kata beliau.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami