awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Kebebasan Maklumat dibentang hujung tahun ini - PM Anwar

Seth Akmal
Seth Akmal
15/07/2025
14:22 MYT
RUU Kebebasan Maklumat dibentang hujung tahun ini - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RUU tersebut penting untuk membina kepercayaan rakyat dan menggalakkan penyertaan masyarakat berpengetahuan. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat di Parlimen pada hujung tahun ini.

Ringkasan AI
  • Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat di Parlimen hujung tahun ini bagi memperkukuh ketelusan dan memberi akses sebenar kepada keputusan kerajaan.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah ini penting untuk membina kepercayaan rakyat dan galakkan penyertaan masyarakat dalam demokrasi.
  • Kerajaan juga sedang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk memperluas perlindungan dan menubuhkan jawatankuasa bebas bagi memastikan pelaksanaan berkesan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RUU tersebut penting untuk membina kepercayaan rakyat dan menggalakkan penyertaan masyarakat berpengetahuan.
“Kita (kerajaan) akan memperkenalkan satu Akta Kebebasan Maklumat untuk memperkukuhkan ketelusan dan memberi akses kepada orang awam, akses yang sebenar, kepada keputusan kerajaan.
“Ia merupakan langkah penting untuk membina kepercayaan rakyat dan menggalakkan masyarakat berpengetahuan dalam (sistem) demokrasi Malaysia.
"Kita akan membentangkan undang-undang ini di Parlimen pada hujung tahun ini,” katanya.
Anwar berkata demikian semasa menyampaikan ucap tama di Persidangan Antarabangsa Tadbir Urus dan Integriti di Putrajaya pada Selasa.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Perdana Menteri turut menyatakan kerajaan sedang dalam proses meminda RUU Akta Perlindungan Pemberi Maklumat atau Akta 711.
Menurutnya, ia bertujuan untuk menyediakan perlindungan yang lebih luas dan lebih bermakna.
Tambah beliau, antara langkah yang diambil untuk memperkasa RUU ini adalah dengan memansuhkan pengecualian-pengecualian sebelum ini yang mengehadkan perlindungan
Perdana Menteri turut memberi jaminan satu jawatankuasa perlindungan pemberi maklumat yang bebas bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan.
“Reformasi ini mencerminkan pendekatan holistik dan tekad kami untuk membina keyakinan yang kukuh serta institusi yang telus demi berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia dengan penuh integriti,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Rang Undang-Undang
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan