awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU kesalahan seksual kanak-kanak dibentang di Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
27/03/2023
07:20 MYT
RUU kesalahan seksual kanak-kanak dibentang di Dewan Rakyat
Ia antara lain menetapkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan melibatkan persembahan seksual kanak-kanak. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu dan menyeluruh kepada kanak-kanak, dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Ia dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 antara lain menetapkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan melibatkan persembahan seksual kanak-kanak.
Antara kesalahan itu termasuk membuatkan atau menyebabkan kanak-kanak melakukan persembahan seksual; turut serta, sama ada sebagai peserta atau penonton dalam persembahan seksual; mengiklankan, mempromosikan atau memudahkan persembahan seksual; serta menerima apa-apa manfaat, termasuk kewangan daripada persembahan seksual tersebut.
Menurut rang undang-undang itu, 'persembahan seksual' bermaksud apa-apa perlakuan seksual secara terang-terangan yang dipersembahkan di hadapan seorang penonton atau lebih, termasuk yang dirakam atau dihantar keseluruhannya atau sebahagiannya, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau gabungan apa-apa cara.
Selain itu bagi perkara melibatkan pemerasan seksual kanak-kanak seperti mengugut melakukan aktiviti bersifat seksual, mengugut mereka untuk berkongsi apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis, individu berkenaan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun jika disabitkan.
Rang undang-undang itu turut menyatakan perintah bagi pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak yang mana jumlah wang ditetapkan oleh mahkamah berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa.
Selain itu Azalina turut membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023, yang bertujuan menambah baik perlindungan terhadap saksi kanak-kanak dengan menaikkan umur saksi kanak-kanak daripada 16 tahun kepada 18 tahun.
Ia bertujuan memasukkan peruntukan yang membolehkan mahkamah melarang apa-apa soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas seperti yang bersifat memperdayakan atau mengelirukan, menghina, menakut-nakutkan, mengaibkan, mengganggu, menggusarkan, menyinggung, menindas atau mengulang secara tidak perlu.
Menurut rang undang-undang itu, seseorang saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas boleh memberikan keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara langsung atau gabungan kedua-duanya.
Azalina memaklumkan bacaan kali kedua untuk Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 juga diadakan pada mesyuarat kali ini.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#Azalina Othman
#Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan