MALAYSIA
RUU Pembaharuan Semula Bandar mampu beri nafas baharu kepada kawasan uzur

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2025 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sekiranya diluluskan dan dikuatkuasakan mampu memberikan nafas baharu khususnya kepada kawasan bandar yang dikenal pasti sebagai uzur dan usang.
Ringkasan AI
- RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dicadang bagi membangunkan semula kawasan bandar uzur dan usang.
- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia penting untuk kawasan lama seperti Ampang, Gombak dan Hulu Langat.
- Bacaan kedua dan ketiga RUU dijadualkan pada 20 Ogos, sebagai hala tuju baharu pembangunan bandar di Malaysia.
"Saya percaya (PSB) ini diperlukan oleh mana-mana pentadbir dan pemerintah kerana kalau tidak, kita akan membiarkan kawasan itu terus susah tanpa dibangunkan semula," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang 2025 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini hari ini.
Amirudin berkata Selangor antara negeri yang menghadapi cabaran pembangunan semula kawasan bandar yang usang dan uzur.
"Ada sebahagian kawasan perumahan sudah berusia 70, 80 tahun, kita perlu bangunkan semula" katanya sambil mencadangkan supaya sebarang isu yang dibangkitkan berkaitan RUU itu diberi perhatian sewajarnya.
Pada 19 Ogos lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata bacaan kedua dan ketiga RUU berkenaan dijadualkan esok sekali gus menandakan hala tuju baharu dalam memastikan pembangunan bandar di Malaysia kekal mampan, maju, makmur dan inklusif.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami