awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan lulus

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/11/2020
09:08 MYT
RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan lulus
Azhar Azizan Harun berkata, sejumlah 107 undi menyokong, 95 tidak bersetuju, manakala 18 Ahli Parlimen tidak hadir. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undian berkata sejumlah 107 undi menyokong, 95 tidak bersetuju, manakala 18 Ahli Parlimen tidak hadir.
Keputusan itu dibuat selepas sidang ditempohkan selama 10 minit bagi membolehkan undian dijalankan termasuk memberi masa kepada Ahli Parlimen untuk masuk ke dalam dewan.
Ia adalah sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang hanya membenarkan hanya 80 ahli Parlimen memasuki dewan.
Sebelum itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membahaskan RUU Perbekalan 2021 pada peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.
Belanjawan 2021 memperuntukkan perbelanjaan berjumlah RM322.5 bilion, perbelanjaan terbesar dalam sejarah, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Jumlah itu merangkumi RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19, manakala RM2 bilion lagi diperuntukkan bagi simpanan luar jangka.
Pada Belanjawan 2020 yang diumum kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lepas, sebanyak RM297 bilion diperuntukkan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Kementerian Kewangan
#undi belah bahagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan