KUALA LUMPUR: S&P Global Ratings (S&P) mengekalkan penarafan terbitan jangka panjang Malaysia berdenominasi mata wang asing pada A- dan Ringgit pada A, dengan prospek negatif.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengekalan penarafan itu membuktikan pengukuhan kedudukan sektor luaran negara.
Menurut beliau, pengekalan penarafan itu termasuk dasar monetari yang fleksibel serta keupayaan kerajaan untuk terus menyokong kemampanan pertumbuhan dan mengekalkan daya tahan ekonomi dalam persekitaran yang tidak menentu.
"Ini juga mencerminkan keyakinan S&P terhadap pentadbiran negara ketika dunia berhadapan dengan tindakan semakan semula penarafan luar jangkaan, di mana sekitar 20 peratus daripada negara yang diberikan prospek negatif pada akhir 2020 telah disusuli dengan tindakan penurunan penarafan oleh tiga agensi penarafan utama setakat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, prospek pertumbuhan global masih berada dalam keadaan yang tidak menentu meskipun pandemik COVID-19 telah melanda hampir 18 bulan.
"Varian COVID-19 baharu telah menyebabkan kes jangkitan kembali meningkat sehingga mengakibatkan pelaksanaan semula langkah pembendungan serta penangguhan pembukaan sektor ekonomi dan sosial oleh kerajaan seluruh dunia.
"Rantau Asia terutamanya telah berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti peningkatan mendadak kes jangkitan, jumlah kematian yang lebih tinggi dan akses kepada perolehan bekalan vaksin terhad yang didominasi oleh negara maju," katanya.
Justeru, beliau berpendapat, pemulihan ekonomi dijangka berbeza bagi setiap negara dan sektor ekonomi berdasarkan tahap penularan pandemik dan sokongan fiskal negara tersebut.
Astro Awani
Tue Jun 22 2021
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengekalan penarafan oleh S&P Global Ratings membuktikan pengukuhan kedudukan sektor luaran negara. - Gambar fail BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Fitch kekalkan penarafan Malaysia pada 'A-' dengan unjuran stabil
Pengarah Bersekutu, Penarafan Negara Fitch Ratings Sagarika Chandra, berkata kedudukan kecairan luar Malaysia merosot disebabkan pengaliran keluar modal besar serta kerugian rizab tukaran asing.