awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah bakal berdepan dengan cuaca panas, kering berpanjangan

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
03/02/2015
14:48 MYT
Sabah bakal berdepan dengan cuaca panas, kering berpanjangan
Orang ramai dinasihati supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah, kerana musim kemarau itu boleh memberi kesan kepada kesihatan. - Gambar Fail
Sejak Disember lalu, sebahagian besar negeri di Semenanjung Malaysia dan di Malaysia Timur termasuk di Sabah dilanda bencana banjir yang teruk. Selepas banjir berakhir di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah bakal berdepan dengan cuaca panas dan musim kemarau yang berpanjangan. Cuaca panas yang dijangka akan melanda Sabah Mac depan disebabkan negeri itu berada di penghujung monsun timur laut. Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abd. Malik Tussin berkata faktor itu juga dipengaruhi faktor pengurangan taburan hujan yang berlaku sejak awal, bulan ini. Tambah beliau, suhu ketika cuaca panas itu dijangka meningkat ketara jika ia berlaku serentak dengan musim panas El-Nino. “Negara kita akan mengalami musim kering yang biasanya berlaku pada penghujung monsoon timur laut di bulan Feb dan Mac,” katanya lagi. Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah kerana musim kemarau tersebut boleh memberi kesan kepada kesihatan. Orang ramai yang ditemui menyifatkan cuaca panas yang disebabkan oleh peralihan musim itu mula dirasai. Ada yang mengadu mula mengalami sakit kerongkong, batuk dan selesema berikutan perubahan cuaca daripada cuaca sejuk kepada panas.
Topic Berkaitan
#Abd Malik Tussin
#berpanjangan
#cuaca panas
#Kering
#monsun timur laut
#penghujung
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan