awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah bakal bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas - Arifin

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
14/02/2023
11:45 MYT
Sabah bakal bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas - Arifin
Cadangan itu telah diluluskan di peringkat kabinet dan akan melalui proses kajian kebolehlaksanaan yang akan dijalankan oleh syarikat Sovereign Senalang dalam masa terdekat.
KOTA KINABALU: Sabah bakal mencipta sejarah dengan pembinaan Pusat Pelancaran Angkasa Lepas di negeri itu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
Menurutnya, cadangan itu telah diluluskan di peringkat kabinet dan akan melalui proses kajian kebolehlaksanaan yang akan dijalankan oleh syarikat Sovereign Senalang dalam masa terdekat.
"Kita akan menubuhkan sebuah agensi yang dikenali sebagai Sabah Space Industrial Corporation. Agensi ini akan bekerjasama rapat dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi menjalankan inisiatif membangunkan sektor aeroangkasa di Sabah.
"Cadangan ini telah dibentangkan dan mendapat persetujuan kabinet negeri. Sebagai langkah pertama, kajian kebolehlaksanaan bagi mengkaji kesesuaian pembinaan Sabah International Space Launch Industrial Centre (SLIC) di tempat yang akan ditentukan kelak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di dalam Majlis Amanat Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi di Kota Kinabalu pada Selasa.
Dalam pada itu, Arifin menambah pusat pelancaran angkasa lepas yang akan dikenali sebagai Sabah International Space Launch Industrial Centre (SLIC) itu dijangka memacu pertumbuhan sehingga 500 buah syarikat hiliran selain membuka lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu.
"SLIC juga apabila terlaksana, akan dapat memacu pertumbuhan 300-500 syarikat hiliran dalam industri aero angkasa dan akan membuka lebih 90 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Pusat Pelancaran Angkasa Lepas
#Sabah teknologi
#Arifin Arif
#Sabah
#MYSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan