awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah catat 33 kes baharu COVID-19 - Masidi

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
19/03/2021
12:00 MYT
Sabah catat 33 kes baharu COVID-19 - Masidi
Daripada 33 kes positif COVID-19, sebanyak 19 kes dikesan daripada saringan kontak rapat, saringan bergejala (empat), saringan kluster sedia ada (enam), serta lain-lain kategori (empat). - Gambar fail/ Bernama
KOTA KINABALU: Kesemua daerah di Sabah mencatatkan pertambahan kes positif COVID-19 angka satu digit, hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata secara keseluruhan hanya 33 kes dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,107 kes.
Katanya, tiga daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi ialah Keningau dengan lapan kes, Kalabakan (enam) dan Tambunan (lima), selain tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.
"Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital ialah 79 orang menjadikan jumlah kumulatif 53,272 orang.
"Seramai 366 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 148 orang di hospital dan 218 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 21 orang dan lima orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.
Daripada 33 kes positif COVID-19, sebanyak 19 kes dikesan daripada saringan kontak rapat, saringan bergejala (empat), saringan kluster sedia ada (enam), serta lain-lain kategori (empat).
"Selain itu, setakat ini, seramai 1,638 orang telah menerima suntikan vaksin harian dos pertama menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 39,359 orang," katanya.
Masidi yang juga Jurucakap COVID-19 Sabah turut memberitahu statistik pematuhan penduduk terhadap prosedur operasi standard (SOP) di Sabah kini 96.3 peratus.
Topic Berkaitan
#Sabah
#COVID-19
#kes baharu
#Masidi Manjun
#kes satu digit
#semua daerah
#pematuhan SOP
#kes rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan