MALAYSIA
Sabah destinasi pilihan pelawat Perancis - Hajiji

Hajiji berkata, ketibaan pelawat Perancis pada suku pertama tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 26.8 peratus kepada 2,116 orang. - Bernama
KOTA KINABALU: Sabah terus menjadi destinasi penting bagi pelawat Perancis, menjadikannya yang ketiga bagi ketibaan pelawat Eropah ke Sabah, selepas United Kingdom dan Jerman.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ketibaan pelawat Perancis pada suku pertama tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 26.8 peratus kepada 2,116 orang berbanding 1,669 orang untuk tempoh yang sama pada tahun lepas.
"Promosi berterusan yang lebih proaktif dan agresif sudah pasti akan membantu dalam meningkatkan kehadiran pelawat Perancis ke Sabah," katanya dalam kenyataan selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini, hari ini.
Dalam pertemuan itu, Hajiji turut memberi jaminan bahawa keselamatan di pantai timur Sabah berada pada tahap tertinggi, selain tiada kejadian tidak diingini berlaku sejak beberapa tahun lepas.Hajiji dan Eldeen Husaini mengadakan perbincangan mengenai pelbagai peluang kerjasama strategik antara Sabah dan Perancis, termasuk dalam bidang pelancongan yang akan membawa manfaat bersama kepada rakyat negeri ini.
Eldeen Husaini yang berasal dari Kuala Lumpur dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis pada April 2024 dan pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami