awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah lulus RM9.5 juta untuk sektor pelancongan

Petrus Bernard
Petrus Bernard
18/07/2022
03:32 MYT
Sabah lulus RM9.5 juta untuk sektor pelancongan
Majlis Penangguhan Sambutan Pesta Regatta Lepa berlangsung di Semporna malam tadi. - Astro AWANI
SEMPORNA: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM9.5 juta kepada Lembaga Kebudayaan Sabah bagi tujuan mempromosikan kekayaan budaya dan kepelbagaian etnik di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM400,000 kepada persatuan kebudayaan untuk aktiviti kebudayaan, kesenian dan bahasa.
Katanya, semua peruntukan itu adalah tanda keseriusan kerajaan negeri dalam meningkatkan semula sektor pelancongan di Sabah.
“Kerajaan negeri juga sedang melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan Sabah untuk pelancong dalam dan luar negara sebagai usaha mempromosikan sektor ini.
“Ia termasuklah bersedia terhadap perubahan dalam industri pelancongan yang dalam fasa peralihan ke endemik,” katanya sempena Majlis Penangguhan Sambutan Pesta Regatta Lepa, di sini, malam tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Regatta Lepa, Juraimin Jadil.
Menurut Hajiji, untuk masa hadapan, pemain industri pelancongan mesti bersifat inovatif dan sedia untuk berubah dalam mengatasi pelbagai kekangan, termasuk situasi negara beralih ke endemik.
Katanya, penduduk Sabah yang terdiri daripada pelbagai budaya dengan lebih 30 kumpulan etnik adalah aset yang menjadi tarikan negeri ini.
“Kepelbagaian ini adalah gambaran dan semangat sebenar Keluarga Malaysia yang perlu dikekalkan selamanya.
“Justeru, seluruh rakyat diminta mengekalkan budaya perpaduan dan permuafakatan demi masa depan yang lebih cemerlang untuk generasi akan datang,” katanya.
Tambahnya, pembukaan sempadan negara membawa khabar gembira kerana sektor pelancongan negeri Sabah mula menunjukkan peningkatan.
“Buktinya, pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Kota Kinabalu baru-baru ini berjaya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM16 juta,” katanya.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#pelancongan Sabah
#aktiviti kebudayaan
#kepelbagaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan